Ruj. Kami           :           PMS/UP/656-3 Jld.2/( 17)

 

Tarikh                :           11 Disember 2000

 

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan

Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Pengarah Kerja Raya

Ibu Pejabat

Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah

88582 Kota Kinabalu.

 

Pengarah

Jabatan Pengairan Dan Saliran Sabah

Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu.

 

Pengarah

Jabatan Pertanian Sabah

Tingkat 5, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu.

 

Pengarah

Jabatan Tanah Dan Ukur

88576 Kota Kinabalu.

 

Pengarah

Jabatan Perhutanan

Beg Berkunci No. 68

90009 Sandakan.

 

 

Y. Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 22 TAHUN 2000


 

URUSAN PEROLEHAN KERAJAAN – PENGGUNAAN ARAHAN

PERBENDAHARAAN (AP) 55 DAN ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP) 173.2

 


 

Adalah saya menarik perhatian Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara yang tersebut di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa di dalam pemerhatian Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) mendapati masih terdapat Jabatan dan Agensi Kerajaan yang menguruskan perolehan pembekalan ataupun kerja tanpa mematuhi sepenuhnya Tatacara Kewangan yang telah ditetapkan oleh pihak Perbendaharaan. Jabatan dan Agensi Kerajaan nampaknya lebih cenderung dan sengaja menggunakan Arahan Perbendaharaan (A) 55 dan juga Arahan Perbendaharaan (AP) 173.2 sebagai alasan untuk membuat pembelian darurat ataupun menguruskan sesuatu kerja berdasarkan kepada alasan darurat serta kecemasan.

 

3.         Disamping itu terdapat juga Jabatan dan Agensi Kerajaan yang sengaja melewat-melewatnya urusan perolehan untuk menunggu masa yang sesuai supaya dapat diuruskan perolehan berdasarkan AP 55 atau AP 173.2 di atas alasan darurat serta kecemasan supaya dapat ditawarkan bekalan/kerja terus kepada sesuatu syarikat yang telah dikenalpasti.

 

4.         PMS berpendapat bahawa pihak Jabatan dan Agensi Kerajaan perlulah mempastikan bahawa semua urusan perolehan samada pembelian ataupun kerja hendaklah disegerakan.  Kecenderungan menggunakan AP 55 dan AP 173.2 wajar dielakkan memandangkan AP 55 dan AP 173.2 hanya terpakai bagi perkara-perkara “yang perlu dibuat dengan segera dan serta merta di mana kelewatan perolehan akan memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan awam”.  Disamping itu juga segala “pembelian hendaklah dihadkan kepada kuantiti barang yang mencukupi untuk menampung keperluan darurat berkenaan.”

 

5.         Adalah diharapkan pihak Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan mengambil berat agar penggunaan AP 55 dan AP 173.2 bagi kes-kes yang perlu sahaja dan ianya tidak dijadikan amalan Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk menawarkan pembelian ataupun urusan kerja tersebut terus kepada sesuatu syarikat atas alasan darurat.  Di atas kerjasama Y. Bhg. Datul/Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Sekian.  Terima kasih.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                        T.T

( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )

Pegawai Kewangan Persekutuan,

Sabah.