Ruj. Kami           :           PMS/UP/656-3 Jld. 2/(   14    )     

 

Tarikh                :           1Disember 2000

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

 

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 21 TAHUN 2000

 

 

PELUPUSAN ASET DAN BARANG KERAJAAN

 

 

Adalah saya menarik perhatian Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan mengenai perkara yang tersebut di atas.

 

2.                   Adalah dimaklumkan bahawa di dalam pemerhatian Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) mendapati masih terdapat Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan yang tidak menyegerakan urusan pelupusan terhadap aset dan barang Kerajaan.  Kelewatan menyegerakan urusan pelupusan mencerminkan bahawa tahap kesedaran mengenai tindakan pelupusan masih lagi pada tahap yang kurang memuaskan.

 

 

3.                   PMS berpendapat bahawa antara sebab-sebab kelewatan ini berlaku adalah berpunca dari butir-butir seperti berikut:

 

3.1.             tindakan urusan pelupusan tidak dilaksanakan dari semasa ke semasa tanpa sebarang penetapan jadual berkala;

3.2.             barang-barang stok yang lambat, tidak bergerak, usang dan berlebihan jarang diambil tindakan pelupusan;

3.3.             kurang perhatian daripada Ketua Jabatan sendiri;

3.4.             pegawai tidak mahir mengenai tatacara pelupusan;

3.5.             Lembaga Pemeriksa lewat ataupun tidak dilantik; dan

3.6.             pemeriksaan lewat dilaksanakan.

 

4.         Penyegeraan untuk mengambil tindakan pelupusan terhadap aset dan barang Kerajaan lebih awal boleh mengurangkan kerugian kepada pihak Kerajaan oleh kerana aset dan barang-barang berkenaan jika dijual boleh memperolehi harga yang lebih baik. Sehubungan dengan ini, pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah ditarik kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2  Tahun 1997 mengenai “Garis Panduan Pelupusan Aset Dan Barang Kerajaan” yang menjelaskan secara terperinci langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap Jabatan di dalam menyegerakan urusan pelupusan.

 

4.                   Adalah diharapkan kerjasama sepenuhnya pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk mengambil berat mengenai urusan pelupusan di pejabat Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan. Sebarang kemusykilan mengenai urusan pelupusan ini  hendaklah dirujuk kepada pejabat ini untuk  penjelasan dan  kepastian seterusnya.

 

Sekian dan terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

                        T.T

( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )

   Pegawai Kewangan Persekutuan

   Sabah

 

 

Sd/spp21 tahun 2000