Ruj. Kami : PMS/UP/656-3
JLD.2( 13 )
Tarikh
:
1 Disember 2000
Sabah Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Sabah Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
BILANGAN 20
TAHUN 2000
PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB SERTA TUGAS
PEGAWAI PENGAWAL
Adalah saya
dengan hormatnya menarik perhatian Y.Bhg. Dato/Datuk/ Tuan/Puan kepada perkara yang
tersebut di atas.
2.
Adalah
dimaklumkan bahawa dari pemerhatian Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) wujud peningkatan
sikap mengabaikan dan tidak mematuhi prinsip-prinsip dan Peraturan Kewangan dari kalangan
pegawai awam, terhadap arahan dan kehendak peraturan-peraturan kewangan yang telah
ditetapkan melalui Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan
yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
3. Oleh hal
yang demikian, bagi mempastikan bahawa segala arahan dan peraturan kewangan yang sedia ada dan yang telah dikeluar oleh
Kerajaan dapat dipatuhi dan dilaksanakan serta dipertingkatkan ke tahap yang tinggi lagi sempurna, sukalah saya menarik
perhatian Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada Cabutan Arahan Perbendaharaan (AP)
berkaitan dengan Peranan dan Tanggungjawab Serta Tugas Pegawai Pengawal seperti yang terkandung dalam Lampiran A
berkembar.
4. Melalui
edaran cabutan tersebut seperti di Lampiran
A, diharapkan dapat membantu pihak Y.Bhg Dato/Datuk/Tuan/Puan
melaksanakan tugas-tugas Pengurusan Kewangan dari segi prosedur kewangan, prosedur
perakaunan, audit, kehilangan dan prosedur hapus kira wang dan harta awam dengan lebih
teratur serta menepati kehendak peraturan-peraturan kewangan semasa bagi mengurangkan
kes-kes salah urus atau kecuaian yang berkaitan dengan Pengurusan Kewangan.
5. Di atas
segala sokongan, perhatian dan tindakan pihak Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan untuk
berusaha melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang digariskan amatlah diharapkan bagi
mempertingkatkan Pengurusan Kewangan ke tahap yang tinggi dan cemerlang.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang
menurut perintah,
( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai
Kewangan Persekutuan,
Sabah.