Ruj. Kami : PMS/UP/656-2
JLD.2/( 10 )
Tarikh : 27 November 2000
Semua Ketua Jabatan
Persekutuan
Sabah Dan W.P.
Labuan.
Semua Ketua Badan
Berkanun Persekutuan Sabah
Dan W.P. Labuan.
Y.Bhg.
Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
BIL. 19 TAHUN 2000
Adalah
saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/ Tuan/Puan kepada
perkara yang tersebut di atas.
2.
Adalah
dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) telah menerima banyak
permohonan untuk mendapatkan kelulusan berkaitan dengan Arahan Perbendaharaan
100(a) berhubung dengan tuntutan perjalanan pegawai awam yang perlu dikemukakan
tidak lewat daripada 10 haribulan dalam bulan yang berikutnya. Semasa menyemak dan meneliti
permohonan-permohonan berkaitan, Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) telah
menemui Tuntutan-Tuntutan Perjalanan yang menimbulkan keraguan dari segi
kejujuran maklumat tuntutan yang dibuat.
Dalam erti kata lain ada unsur-unsur ketidaksucian akhlak (morally wrong) di kalangan pegawai
Kerajaan yang membuat Tuntutan Perjalanan kerana bertugas rasmi.
3.
Diantara
contoh-contoh Tuntutan Perjalanan yang boleh digolongkan sebagai ada
ketidaksucian akhlak (morally wrong)
ialah seperti:-
3.1. Terdapat
dua (2) orang pegawai yang terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir
(Kewangan/Akaun) dan seorang pegawai telah datang berurusan dengan Jabatan
Akauntan Negara pada tarikh dan waktu yang sama dari satu jabatan. Urusan-urusan yang dinyatakan di dalam
borang Tuntutan Perjalanan ialah untuk menghantar baucer atau mengambil
cek. Perbendaharaan Malaysia Sabah
(PMS) berpendapat untuk urusan demikian hanya memerlukan seorang pekerja sahaja;
3.2. Terdapat
kekerapan berulangnya kedatangan Pembantu Tadbir (Kewangan/Akaun) yang sama
hadir di Jabatan Akauntan Negara dan Ibu Pejabatnya setiap hari pada sebelah
pagi dan petang;
3.3. Terdapat
ketidakseliaan atau kawalan perjalanan Pembantu Tadbir (Kewangan/Akaun) yang
berurusan sama ada di Jabatan Akauntan Negara atau di Ibu Pejabatnya di Kota
Kinabalu iaitu pada sebelah pagi menjalankan tugas rasmi dengan membuat
perjalanan ke Jabatan Akauntan Negara dan pada sebelah petang pergi ke Ibu
Pejabat dengan melakukan perjalanan dua (2) kali yang berasingan;
3.4. Terdapat
perjalanan pegawai yang menuntut tambang teksi walau pun tuntutan perbatuan
kenderaan lebih menjimatkan bagi perjalanan di sekitar Kota Kinabalu dan
tuntutan sebegini diragui kerana pegawai yang menuntut mempunyai kenderaan
sendiri;
3.5.
Terdapat perjalanan pegawai yang menuntut
tambang teksi untuk perjalanan di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan
berdekatan pada hal di dalam waktu yang sama terdapat banyak kereta jabatan
yang tidak digunakan. Pegawai
seharusnya menggunakan kereta Jabatan di dalam perjalanan itu;
3.6. Terdapat
pegawai semasa menjalankan tugas rasmi di luar pejabat menggunakan perkhidmatan
teksi untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang berdekatan yang mana
tuntutan tambang lebih mahal jika dibandingkan dengan jumlah kos jika jabatan
menyewa kenderaan;
3.7. Terdapat
tuntutan bertindih yang mana pegawai tidak wajar lagi membuat tuntutan. (Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Sabah Bilangan 15 Tahun 2000 mengenai Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran
Semasa Bertugas Rasmi, telah dikeluarkan);
3.8. Diselitkan
urusan-urusan Persatuan dan Kelab untuk dijadikan urusan rasmi supaya pegawai
boleh membuat Tuntutan Perjalanan.
4.
Sehubungan dengan itu Perbendaharaan Malaysia
Sabah (PMS) berharap agar semua Ketua-Ketua Jabatan dapat merancang, mengawal,
menyelia dan menyelaras semua jadual masa dan kaedah perjalanan pegawai yang
menjalankan tugas rasmi. Perancangan,
pengawalan, pemantauan, penyeliaan dan penyelarasan yang teratur amat penting
supaya perbelanjaan wang awam yang telah diperuntukkan kepada jabatan dapat
dibelanjakan secara terbaik serta berhemah.
Sekian. Terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
“
Saya
yang menurut perintah,
T.T
( DATUK DR. ABDUL AZIZ
BIN MOHD. ALI )
Pegawai
Kewangan Persekutuan Sabah.