Ruj. Kami : PMS/UP/656-3/JLD.2( 6
)
Tarikh : 11 November 2000
Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN
MALAYSIA SABAH BILANGAN 18 TAHUN 2000
CADANGAN MENYEGERAKAN PROSES
MENANDATANGANI
SURAT PERJANJIAN KONTRAK DAN PENYEWAAN
RUANG PEJABAT
Adalah saya dengan
hormatnya menarik perhatian Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Berdasarkan kepada pemerhatian serta
penerimaan permohonan daripada beberapa Jabatan Persekutuan di Sabah,
Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dapati ada beberapa Jabatan Persekutuan
telah gagal menyempurnakan urusan menandatangani Surat Perjanjian Kontrak dan
Surat Penyewaan Ruang Pejabat dalam tempoh masa yang munasabah. Untuk pengetahuan Y.Bhg.
Datuk/Dato'/Tuan/Puan, PMS ada menerima permohonan untuk membuat pembayaran
tanpa Surat Perjanjian Kontrak ataupun Surat Perjanjian Sewa Ruang Pejabat yang
menjangkau tempoh setahun. Kegagalan
menyegerakan urusan menandatangani Surat Perjanjian Kontrak dan Surat
Perjanjian Penyewaan Ruang Pejabat telah menyebabkan bayaran kepada pihak
kontraktor dan tuan punya bangunan tertangguh.
Kelewatan ini akan menjejaskan pengurusan kewangan Jabatan dan sekaligus
menjejaskan imej Kerajaan Persekutuan dan perkhidmatan awam amnya.
3. Sehubungan dengan ini, PMS amat
mengharapkan Jabatan-Jabatan Persekutuan di Sabah mengambil langkah-langkah
yang lebih konstruktif bagi menyegerakan semua urusan menandatangani Surat
Perjanjian Kontrak ataupun Surat Perjanjian Sewa Ruang Pejabat. Bagi menyegerakan semua urusan
menandatangani Surat Perjanjian Kontrak dan Surat Perjanjian Sewa Ruang Pejabat, PMS amat berharap sekiranya pihak
Jabatan-Jabatan Persekutuan dapat mencari jalan penyelesaian bagi
mempercepatkan tindakan menandatangani kontrak samada yang melibatkan pihak ibu
pejabat masing-masing atau sebaliknya.
4. PMS
berpendapat ada beberapa tindakan yang boleh diikuti dan dipatuhi untuk
menyegerakan urusan menandatangani Surat Perjanjian Kontrak dan Surat Perjanjian Sewa Ruang Pejabat seperti
tindakan-tindakan yang disenaraikan berikut iaitu:-
4.1.
Diuruskan tender baru/pembaharuan serta
perlanjutan kontrak sekurang-kurangnya lima (5) bulan sebelum tarikh tamat kontrak.
4.2.
Diuruskan untuk memperbaharui atau menyewa
ruang pejabat baru sekurang-kurangnya lima (5) bulan sebelum tamat tempoh
tarikh perjanjian sewaan berkaitan.
4.3.
Dipohon untuk diperturunkan kuasa lagi
menandatangani Surat Perjanjian Kontrak atau Surat Perjanjian Sewa Ruang
Pejabat. (jika masih boleh
diperturunkan kuasa).
4.4.
Ditetapkan tarikh-tarikh yang sesuai untuk
dilaksanakan sesuatu tindakan serta menyelesaikan sesuatu tindakan berkaitan
dengan Surat Perjanjian Kontrak atau Surat Perjanjian Sewa Ruang Pejabat (to
fix the appropriate target dates).
4.5.
Disediakan Carta Alir yang tepat, jelas dan
sesuai untuk diikuti dan dipatuhi oleh pegawai-pegawai serta anggota pekerja.
4.6.
Disediakan Arahan Kerja yang tepat, jelas dan
sesuai untuk diikuti dan dipatuhi oleh pegawai-pegawai dan anggota pekerja.
4.7.
Perlu menganggap semua urusan-urusan
menandatangani Surat Perjanjian Kontrak dan Surat Perjanjian Sewa Ruang Pejabat
adalah penting serta perlu dipercepatkan serta disegerakan.
5. Adalah diharapkan Jabatan-Jabatan
Persekutuan di Sabah akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara
ini. Di atas kerjasama dan perhatian
pihak Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan kepada urusan ini adalah amat dihargai.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
T.T
( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Sabah.
Pek.PMSBil.18Th2000SDra