Ruj. Kami           :           PMS/UP/656-3/JLD.2(3)

Tarikh                :           09 Oktober  2000

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Pengarah Kerja Raya

Ibu Pejabat

Jabatan Kerja Raya

88582 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran

Tingkat 5 dan 6, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pertanian

Tingkat 5, Menara Khidmat

Jalanbelia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Tanah dan Ukur

88576 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Perhutanan

Beg Berkunci No. 68

90009 Sandakan

 

 

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 17 TAHUN 2000

 

PANDUAN AM PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)

BERKAITAN DENGAN KAWASAN OPERASI UNTUK KELAS

KONTRAKTOR BAGI KERJA UNDI, SEBUTHARGA DAN REQUISITION

 

Saya menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dapati ada beberapa Jabatan/Agensi yang tidak mematuhi Panduan Am – Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

 

2.         Adalah didapati ada beberapa Jabatan/Agensi telah menggunakan kontraktor-kontraktor dari luar kawasan pentadbiran Daerah untuk kerja-kerja undi, sebutharga, requisition, kerja-kerja penyelenggaraan yang kecil dan kerja-kerja kecil yang lain.  Amalan dan tindakan ini adalah bertentangan dengan Panduan Am PKK dan tidak mematuhi Panduan Am – Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam PKK berkaitan dengan kerja undi, sebutharga dan requisition.

 

3.         Adalah diharapkan Jabatan-jabatan/Agensi-agensi mematuhi perenggan 4.2 Panduan Am – Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang cabutannya adalah seperti berikut :-

 

            “4.2.     Kerja Undi, Sebutharga dan Requisition

 

Kontraktor kerja kelas F dibenarkan menyertai Kerja Undi, Sebutharga dan Requisition hanya di dalam Kawasan Pentadbiran Daerah atau Wilayah Persekutuan yang ianya didaftarkan oleh PKK”

 

 

Di atas sokongan dan perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan ke atas perkara ini diucapkan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

 

                    T.T

( DATUK DR HJ ABDUL AZIZ BIN MOHD ALI )

Pegawai Kewangan Persekutuan

Sabah

 

 

 

s.k.       Semua Jabatan Akauntan Negara,

Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau

Dan W.P. Labuan

 

 

 

Pek.Perb.Bil.17tahun2000