Ruj. Kami           :           PMS/UP/656-3/JLD.2(1)

Tarikh                :           05 Oktober  2000

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Pengarah Kerja Raya

Ibu Pejabat

Jabatan Kerja Raya

88582 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran

Tingkat 5 dan 6, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pertanian

Tingkat 5, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Tanah dan Ukur

88576 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Perhutanan

Beg Berkunci No. 68

90009 Sandakan

 

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 15 TAHUN 2000

 

TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN SEMASA BERTUGAS RASMI

 

Saya menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) dapati Jabatan-jabatan telah mengadakan/menganjurkan kursus, seminar, mesyuarat dan lain-lain lagi dan diuruskan secara pakej jika terlibat dengan penyediaan makanan, penginapan, pengangkutan dan disediakan tempat berkaitan.

 

2.         PMS dapati walaupun diuruskan secara pakej, di mana kemudahan makan, pengangkutan dan tempat penginapan disediakan oleh Kerajaan/ Penganjur ataupun bayaran penginapan seperti Bayaran Sewa Hotel dibayar oleh Kerajaan/Penganjur secara pakej, terdapat juga Pegawai-pegawai dan anggota pekerja yang membuat tuntutan Elaun Perjalanan, Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing.

 

3.         Sukacita PMS menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada prinsip dan peraturan berkaitan dengan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran semasa menjalankan tugas rasmi yang harus diikuti serta dipatuhi seperti berikut :-

 

(a)                 Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan/Penganjur;

 

(b)                 Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan Pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu, tertakluk kepada kadar seperti berikut:-

 

(i)         Sarapan Pagi                   -           20% daripada Elaun Makan

 

(ii)         Sarapan Tengahari            -           40% daripada Elaun Makan

 

(iii)        Sarapan Malam                -           40% daripada Elaun Makan

 

(c)                 sekiranya Kerajaan/Penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi menampung perbelanjaan makan tersebut, Pegawai hanya layak menuntut perbezaannya sahaja;

 

(d)                 sekiranya tempat penginapan disediakan oleh Kerajaan/ Penganjur, Pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing; dan

 

(e)                 sekiranya pengangkutan disediakan oleh Kerajaan/Penganjur, pegawai tidak layak menuntut Tambang Gantian atau Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam.

 

4.         PMS berharap Jabatan-jabatan dan Agensi Kerajaan mematuhi prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan berkaitan dengan tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran semasa menjalankan tugas rasmi.  Adalah diharapkan Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan menyemak tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh pegawai dan anggota pekerja supaya mematuhi segala prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan serta memastikan tuntutan-tuntutan itu teratur serta tepat.

 

Di atas sokongan dan perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan ke atas perkara ini diucapkan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                      T.T

( DATUK DR HJ ABDUL AZIZ BIN MOHD ALI )

Pegawai Kewangan Persekutuan

Sabah

 

s.k.       Semua Jabatan Akauntan Negara,

Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau Dan W.P. Labuan

 

Pek.Perb.Bil.15tahun2000