Ruj.
Kami
:
PMS/UP/656-3/(87)
Tarikh
:
07 September 2000
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Pengarah
Kerja Raya
Ibu
Pejabat
Jabatan
Kerja Raya
88582
Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan
Pengairan dan Saliran
Tingkat
5 dan 6, Menara Khidmat
Jalan
Belia
88000
Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan
Pertanian
Tingkat
5, Menara Khidmat
Jalanbelia
88000
Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan
Tanah dan Ukur
88576
Kota Kinabalu
Pengarah
Jabatan
Perhutanan
Beg
Berkunci No. 68
90009
Sandakan
Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
BILANGAN
14 TAHUN 2000
Dengan hormatnya saya menarik perhatian
Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan
bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah dapati ada beberapa Jabatan/Agensi-Kerajaan yang
tidak mematuhi prinsip dan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam perjanjian kontrak
dalam urusan bayaran kemajuan projek.
2. Contoh-contoh
2.1.
Beberapa
contoh penyelewengan yang telah dikenalpasti berlaku adalah seperti berikut :-
2.1.1. Pengesahan
yang telah dibuat oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan di dalam perjanjian kontrak atau
Pegawai lain yang diberi kuasa olehnya adalah tidak tepat.
Kontraktor telah mendapat bayaran yang lebih jika dibandingkan dengan kemajuan
kerja yang telah dilaksanakan berpandukan kepada kemajuan pelaksanaan projek yang
dinyatakan di dalam kontrak.
2.1.2. Pengesahan
yang dibuat oleh Pegawai Penguasa tidak berpandukan kepada syarat-syarat yang telah
ditetapkan di dalam perjanjian kontrak.
2.1.3. Kontraktor
tidak melaksanakan kerja dengan baik dan tidak melaksanakan kerja untuk mencapai tahap
kemajuan kerja sepertimana yang disyaratkan di dalam perjanjian kontrak tetapi bayaran
masih juga diterima oleh kontraktor.
3. Prinsip
dan Peraturan
3.1.
Prinsip
dan peraturan berkaitan dengan bayaran kemajuan projek adalah seperti berikut:-
3.1.1. Bayaran
kemajuan hanya boleh dibayar selepas Pegawai Penguasa atau pegawai lain yang diberi kuasa
berpuashati bahawa kontraktor telah melaksanakan kerja dengan baik dan telah mencapai
tahap kemajuan kerja sepertimana yang telah disyaratkan di dalam kontrak.
Cabutan
daripada perenggan 5.3 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 1995 adalah
seperti berikut :-
5.3.
Bayaran kemajuan itu akan hanya dibayar selepas Pegawai Penguasa yang dinamakan
dalam perjanjian kontrak atau Pegawai lain yang diberi kuasa olehnya berpuashati bahawa
kontraktor telah melaksnakan kerjanya dengan baik dan mencapai kemajuan kerja yang
setimpal sepertimana disyaratkan.
3.1.2. Bayaran
kemajuan untuk kontrak kerja hendaklah diuruskan dengan berpandukan kepada syarat-syarat
yang telah ditetapkan di dalam perjanjian kontrak.
3.1.3. Kemajuan
kerja hendaklah dinilai oleh Jabatan/Agensi Kerajaan setiap bulan. Jabatan/Agensi Kerajaan hendaklah membuat bayaran
kemajuan di dalam tempoh yang telah ditetapkan supaya pelaksanaan kontrak serta projek
tidak terjejas.
4. Adalah
diharapkan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan akan sentiasa mengawasi serta memantau Pegawai
Penguasa yang dinamakan di dalam Perjanjian Kontrak atau Pegawai lain yang diberi kuasa
olehnya, di dalam urusan pengesahan pelaksanaan projek bagi tujuan bayaran kemajuan
projek, supaya dapat dilaksanakan dengan betul dan tepat.
Di
atas perhatian Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara ini diucapkan terima
kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
(
DATUK DR HJ ABDUL AZIZ BIN MOHD ALI )
Sabah
s.k. Semua Jabatan Akauntan
Negara,
Kota
Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau Dan W.P. Labuan
Pek.Perb.Bil.14tahun2000