Ruj. Kami           :           PMS/UP/656-3/(86)

Tarikh                :           07 September 2000

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Pengarah Kerja Raya

Ibu Pejabat

Jabatan Kerja Raya

88582 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran

Tingkat 5 dan 6, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Pertanian

Tingkat 5, Menara Khidmat

Jalanbelia

88000 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Tanah dan Ukur

88576 Kota Kinabalu

 

Pengarah

Jabatan Perhutanan

Beg Berkunci No. 68

90009 Sandakan

 

 

 

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 13 TAHUN 2000

 

TATACARA BAYARAN BIL-BIL

 

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah dapati masih terdapat Agensi-agensi Kerajaan yang lewat/lambat membuat bayaran ke atas bil-bil yang dikemukakan oleh pembekal dan kontraktor.

 

2.         Sebab-sebab Kelewatan

 

2.1.             Perbendaharaan Malaysia Sabah mendapati kelewatan membayar bil-bil itu berlaku, di antara  lain oleh sebab-sebab berikut :-

 

2.1.1.        Jabatan-jabatan/Agensi Kerajaan masih tidak mengambil tindakan serta tidak menyimpan daftar bil-bil seperti yang telah ditetapkan di bawah Arahan Perbendaharaan (AP)103(a) dan AP103(b).

 

2.1.2.        Catatan kepada tanggungan perbelanjaan di dalam buku Vot tidak dilakukan sebagaimana sepatutnya oleh Pegawai yang telah dipertanggungjawabkan.

 

2.1.3.        pembayaran-pembayaran perlu dibuat di bawah Arahan Perbendaharaan (AP)58(a).

 

2.1.4.        proses pengesahan yang memakan/mengambil masa terlalu lama.

 

2.1.5.        perolehan diuruskan dengan tidak mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

 

 

3.         Peraturan-peraturan dan Arahan

 

3.1.             Perbendaharaan Malaysia Sabah, sekali lagi ingin memperingatkan Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada peraturan-peraturan dan arahan-arahan seperti berikut:

 

3.1.1.        Ketua-ketua Jabatan/Agensi Kerajaan hendaklah memastikan bil-bil yang lengkap berserta dengan dokumen-dokumen yang berkaitan (jika diperlukan) dibayar tidak lewat dari 30 hari ianya diterima atau berdasarkan apa-apa tempoh yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

 

3.1.2.        Apabila terdapat aduan kelewatan berkaitan dengan urusan membayar bil, Ketua-ketua Jabatan/Agensi Kerajaan hendaklah menyiasat aduan kelewatan tersebut serta mendapatkan penjelasan daripada Pegawai berkenaan.  Sekiranya penjelasan yang diberi tidak memuaskan, tindakan tatatertib ataupun syor surcaj hendaklah dikenakan.

 

3.1.3.        Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) akan menyiasat aduan pembayaran lewat dari semasa ke semasa dan sekiranya didapati kelewatan berlaku di pihak Pegawai yang telah dipertanggungjawabkan, PMS tidak teragak-agak lagi untuk memperakukan tindakan tatatertib ke atas pegawai yang berkenaan atau disyorkan untuk dikenakan tindakan surcaj.

 

3.1.4.        Jabatan-jabatan/Agensi Kerajaan hendaklah menyimpan serta mengemaskinikan rekod setiap bil yang dijelaskan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

 

4.         Adalah diharapkan Jabatan-jabatan akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan berkaitan dengan urusan bayaran bil-bil dan dapat mengatasi kelewatan yang berlaku serta bil-bil dapat dibayar/dijelaskan dengan segera.  Jika kelewatan itu berlaku berpunca dari pihak Pegawai yang telah dipertanggungjawabkan, Pegawai yang berkaitan boleh disyorkan untuk dikenakan tindakan tatatertib serta disyorkan untuk dikenakan tindakan surcaj.

 

 

Di atas perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara ini diucapkan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

                T.T

( DATUK DR HJ ABDUL AZIZ BIN MOHD ALI )

Pegawai Kewangan Persekutuan

Sabah

 

 

s.k.       Semua Jabatan Akauntan Negara,

Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau Dan W.P. Labuan

 

 

Pek.Perb.Bil.13tahun2000