Ruj.
Kami
:
PMS/UP/656-3/( 78 )
Tarikh
:
2 Ogos 2000
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan Sabah Dan Wilayah
Persekutuan
Labuan.
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah Dan Wilayah
Persekutuan
Labuan.
Pengarah
Kerja Raya
Ibu
Pejabat JKR
88582
Kota Kinabalu.
Pengarah
Jabatan
Pengairan Dan Saliran
Tingkat
5 Dan 6, Menara Khidmat
Jalan
Belia
88000
Kota Kinabalu.
Pengarah
Jabatan
Pertanian
Tingkat
5, Menara Khidmat
Lorong
Belia
88000
Kota Kinabalu.
Y.Bhg.Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT
PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BILANGAN
11 TAHUN 2000
PERATURAN
PEMBELIAN DOKUMEN TENDER, KEHADIRAN
KE
TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK
Dengan
hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg.Dato'/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara tersebut di
atas.
2. Adalah
dimaklumkan bahawa Pejabat ini mendapati terdapat kes-kes dimana sesetengah pihak
menggunakan Sijil Akaun Pendaftaran Kontraktor lain yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat
Kontraktor atau Kementerian Kewangan Malaysia/Perbendaharaan Malaysia Sabah/Perbendaharaan
Malaysia Sarawak untuk membeli dokumen tender tanpa pengetahuan dan persetujuan pemilik
syarikat berkenaan. Aktiviti ini adalah
bertentangan dengan peraturan yang berkuatkuasa serta boleh menimbulkan pelbagai masalah
dan implikasi tidak baik.
3. Di samping
itu, ada juga kes-kes di mana individu-individu menggunakan salinan Sijil Akuan
Pendaftaran Kontraktor untuk membeli dokumen tender dan urusan pembelian ini dilayan dan
dijual dokumen tender oleh Jabatan-Jabatan walaupun individu-individu menggunakan salinan
Sijil.
4. Sehubungan
dengan itu, adalah penting dipastikan penyalahgunaan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor
dihentikan dan kerjasama pihak Y.Bhg.Dato'/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon agar memastikan
langkah-langkah dan peraturan berikut dipatuhi:
4.1.
Dokumen
tender hanya dijual kepada pemilik sah syarikat setelah dibuktikan dengan mengemukakan
Sijil Asal Akuan Pendaftaran Kontraktor dan semakan terhadap kad pengenalan pemilik yang
namanya tercatit dalam sijil berkenaan.
4.2.
Hanya
pemilik syarikat dibenarkan menghadiri majlis Taklimat Tender dan lawatan tapak.
5. Sekiranya,
pemilik syarikat berkenaan memilih untuk menghantar wakil bagi membeli dokumen tender dan
menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak, ia hendaklah disahkan dengan
membawa/mengemukakan surat kuasa daripada pemilik syarikat kepada individu berkenaan.
6. Adalah
diharapkan, pelaksanaan peraturan seperti di para 4 dan 5 di atas dapat mengatasi masalah
dan rungutan/aduan yang terdapat pada masa ini. Sokongan dan kerjasama dari pihak
Y.Bhg.Dato/Datuk/Tuan/Puan dalam hal ini diucapkan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Saya
yang menurut perintah,
T.T
(
DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )