Ruj. Kami : PMS/UP/656-3/(77)
Tarikh
:
21 Julai 2000
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
BILANGAN
10 TAHUN 2000
Dengan hormatnya saya menarik perhatian
Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah
dimaklumkan bahawa Pejabat ini dapati di dalam urusan kerja pembaikan dan penyelenggaraan
bangunan serta kenderaan dan lain-lain alat/barangan Jabatan, terdapat beberapa kelemahan
dan kekurangan yang boleh ditambahbaikkan urusan kerja yang berkaitan.
3. Mulai
daripada tarikh Surat Pekeliling ini, Jabatan-jabatan adalah dikehendaki mematuhi
butir-butir panduan seperti yang diperturunkan di bawah ini :-
(a)
Jabatan
hendaklah meminta syarikat mengemukakan tuntutan secara terperinci dengan menyenaraikan
satu persatu jenis-jenis kerja pembaikan/penyelenggaraan serta alat-alat yang ditukarkan
bagi pembaikan dan penyelenggaraan dengan kos yang terlibat. Tuntutan bayaran bagi kerja-kerja pembaikan dan
penyelenggaraan yang dibuat secara lump sum akan ditolak daripada diuruskan
bayaran oleh Jabatan Akauntan Negara.
(b)
Jabatan
dikehendaki mendapatkan second opinion untuk menyemak serta membandingkan kos
anggaran pembaikan dan penyelenggaraan yang diperolehi.
(c)
Jabatan
hendaklah sentiasa memantau semua kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan untuk
mempastikan kerja-kerja yang dilaksanakan, pembaikan yang dilakukan serta alat-alat
barangan yang diganti adalah baru dan betul.
(d)
Jabatan
hendaklah mematuhi semua Tatacara Perolehan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke
semasa bagi urusan kerja pembaikan dan penyelenggaraan.
4. Adalah
diharapkan Jabatan-jabatan akan mematuhi garispanduan yang disenaraikan di perenggan 3 di
atas. Sokongan dan perhatian Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara ini diucapkan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
T.T
(
DATUK DR HJ ABDUL AZIZ BIN MOHD ALI )
Sabah
s.k. Semua Jabatan Akauntan
Negara,
Kota
Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau Dan W.P. Labuan
(Semua
urusan bayaran bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaran yang dikemukakan secara
lump sum hendaklah ditolak daripada diuruskan bayaran. Terima kasih)
pek.perb.10tahun2000