Ruj.
Kami
:
PMS/UP/656-3/(75)
Tarikh
:
21 Julai 2000
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
BILANGAN
08 TAHUN 2000
Dengan hormatnya saya menarik perhatian
Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah
dimaklumkan bahawa Pejabat ini mendapati di dalam urusan pembekalan dan pengedaran serta
penerimaan alat-alat/barangan terdapat beberapa penyelewengan, ketidaksempurnaan dan
kelemahan terutama berkaitan dengan pengesahan penerimaan alat-alat/barangan seperti
contoh-contoh berikut :-
(a)
jumlah
alat/barangan yang dibekalkan berbeza dengan jumlah tuntutan bayaran yang dituntut oleh
syarikat kerana syarikat membuat tuntuan bayaran bagi kuantiti yang melebihi daripada
kuantiti yang dibekalkan;
(b)
tidak
dapat dipastikan samada bekalan telah dibuat atau disempurnakan oleh syarikat tetapi
syarikat mengemukakan tuntutan bayaran untuk sesuatu kuantiti bekalan;
(c)
syarikat
menawarkan wang tunai kepada individu yang harus menerima alat/barangan tanpa membuat
bekalan tetapi syarikat mengemukakan tuntutan bayaran dengan alasan bekalan telah
disempurnakan;
(d)
pihak
yang mengesahkan penerimaan bekalan bersubahat dengan mengesahkan bekalan dan jumlah
kuantiti alat/barangan telah disempurnakan bekalan padahal jumlah bayaran yang dituntut
tidakpun disempurnakan bekalan oleh syarikat;
(e)
individu
tidak menerima bekalan alat/barangan tetapi meminta digantikan dengan wang tunai;
(f)
penerima
terus menjual/alat barangan yang diterima;
(g)
pihak
yang didakwa menerima bekalan alat/barangan tidak menerima bekalan dan tidak tahu menahu;
(h)
penerima
kerapkali mendakwa alat/barangan telah dicuri; dan
(i)
bekalan
dan penerimaan bekalan alat/barang lama, terpakai dan reconditioned.
3. Untuk
mengatasi ketidaksempurnaan dan penyelewengan itu, Pejabat ini telah memperkenalkan
penggunaan format Pengesahan Penerimaan Dan Penyimpanan Alat/Barangan untuk
dilaksanakan dan diikuti seperti di Lampiran A.
4. Jabatan-jabatan
yang menguruskan perolehan bagi bekalan alat/ barangan dikehendaki mengisi dan memenuhi
format yang berkaitan untuk dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara bersama-sama dengan
baucar bagi urusan bayaran. Salinan asal
format itu dengan butir-butir yang diisi, dikehendaki disimpan di Jabatan masing-masing
untuk rekod dan semakan yang akan dibuat kelak.
5. Jabatan-jabatan
adalah dikehendaki menggunakan format seperti di Lampiran A apabila mengemukakan baucar
kepada Jabatan Akauntan Negara bagi urusan bayaran pembelian alat/barangan. Keputusan untuk menggunakan format seperti di
Lampiran A adalah berkuatkuasa dengan serta-merta, dan dipohon sokongan serta kerjasama
daripada Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan untuk melaksanakan keputusan ini.
6. Jika pihak
Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan menghadapi apa-apa masalah dan kemusykilan untuk
melaksanakan keputusan ini, diharap dapat berhubung dengan Pejabat ini bagi penjelasan
seterusnya.
7. Segala
perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini sangatlah
dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
(
DATUK DR HJ ABDUL AZIZ BIN MOHD ALI )
Pegawai
Kewangan Persekutuan
Sabah
s.k. Semua Jabatan Akauntan
Negara,
Kota
Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan