Ruj. Kami           :           PMS/UP/656-3/(  74   )

 

Tarikh                :           6 Julai   2000

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Semua Ketua Jabatan Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Pengarah

Ibu Pejabat
Jabatan Kerja Raya

88582 KOTA KINABALU.

 

Pengarah

Jabatan Pengiaran Dan Saliran

Tingkat 5 Dan 6, Menara Khidmat

Jalan Belia

88000 KOTA KINABALU.

 

 

Y. Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BIL. 07 TAHUN 2000

 

PROJEK SAKIT DAN KONTRAKTOR BERMASALAH

 

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa, projek-projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Ke 7 hampir selesai sementara Rancangan Malaysia Ke 8 akan bermula tidak lama lagi.  Sepertimana Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan sedia maklum bahawa rekod telah menunjukkan bagi projek-projek pembangunan terdahulu terdapat projek-projek yang dikategorikan sebagai projek sakit dan kontraktor bermasalah.  Keadaan ini menyebabkan kesusahan kepada rakyat dan kerugian kepada Kerajaan.  

 

3.         Sehubungan dengan itu, Pejabat ini berharap agar Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan dapatlah terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya kearah mempastikan sesuatu projek yang dilaksanakan dibawah agensi Y.Bhg.Datuk/Tuan/Puan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancangkan.

 

4.         Lanjutan daripada itu, sukacita pejabat ini mencadangkan beberapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh Jabatan Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan seperti berikut:

 

4.1.             Mengadakan mesyuarat tapak yang lebih kerap bersama kontraktor bagi tujuan pemantauan pelaksanaan projek.

 

4.2.             Petender disyaratkan melawat tapak bina dan mendengar taklimat projek.

 

4.3.             Bayaran-bayaran berkaitan dengan pelaksanaan kontrak dijelaskan dengan segera.

 

4.4.             Sentiasa mengadakan perbincangan bersama-sama kontraktor dengan pegawai-pegawai Jabatan yang terlibat di dalam pelaksanaan projek.

 

4.5.             Sewaktu menandatangani kontrak, diadakan majlis akad sumpah/akujanji.

 

4.6.             Kontraktor yang menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang diberi penghargaan yang bersesuaian.

 

4.7.             Jurutera Bahagian/Daerah perlu memantau kemajuan pelaksanaan projek dan jika terdapat masalah hendaklah segera melapurkan kepada Ibu Pejabat bersama dengan cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

 

4.8.             Tidak terikat untuk memperakukan tawaran terendah.

 

4.9.             Kertas taklimat tender hendaklah berpandukan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya atau yang mana berkaitan.

 

4.10.          Pegawai-Pegawai hendaklah jujur dan amanah dan bukan mendorong/mengarah kontraktor yang berjaya untuk ‘Sub-Kontrak’.

 

4.11.          Mengambil tindakan penguatkuasaan kontrak dengan segera ke atas kontraktor yang terlibat.

 

4.12.          Melarang kontraktor yang berjaya untuk mengamalkan ‘Sub-Kontrak’.

 

4.13.          Perakuan kepada Lembaga Perolehan yang disediakan oleh Jabatan Pelaksana hendaklah sesuai, tepat dan jelas.

 

4.14.          Anggaran projek hendaklah tepat dan tidak dipersoalkan lagi.

 

5.         Segala perhatian dan kerjasama Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.      

 

Sekian.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

                          T.T

( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )

Pegawai Kewangan Persekutuan,

Sabah.