Ruj. Kami
:
PMS/UP/656-3/( 73 )
Tarikh
: 6
Julai 2000
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan
Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
MALAYSIA SABAH BIL. 6/2000
PERATURAN PENGGUNAAN "SYARIKAT
BERTARAF BUMIPUTERA" DAN "BUMIPUTERA SEKATAN BIDANG" BAGI SYARIKAT-SYARIKAT
YANG BERDAFTAR DENGAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH DALAM BIDANG BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
Saya dengan hormatnya ingin menarik
perhatian Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan
kepada perkara yang tersebut di atas.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini Perbendaharaan Malaysia Sabah ada
mengeluarkan dua (2) jenis Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera bagi
syarikat-syarikat yang telah diiktiraf sebagai syarikat Bumiputera. Sijil-sijil berkenaan adalah:
2.1.
Sijil Akuan
Pendaftaran Kontraktor Bumiputera - seperti di Lampiran
A.
2.2.
Sijil Akuan
Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Sekatan Bidang) - seperti di Lampiran B.
3.
Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor
Bumiputera dikeluarkan kepada syarikat yang telah memenuhi syarat-syarat pengiktirafan
yang telah ditetapkan seperti berikut:
3.1.
Penguasaan
Bumiputera sekurang-kurangnya 51% dari segi pemilikan modal, Ahli Lembaga Pengarah,
Pengurusan dan Pekerja.
3.2.
Jawatan-jawatan
utama (key-posts) dalam syarikat terutamanya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)/Setaraf dan
Pengurusan Kewangan dipegang oleh individu Bumiputera.
3.3.
Mempunyai modal
berbayar atau modal terkumpul sekurang-kurangnya
RM10,000.00.
3.4.
Mempunyai premis
perniagaan, samada milik sendiri atau disewa.
3.5.
Berdaftar dalam
mana-mana bidang Bakalan dan Perkhidmatan seperti tersenarai dalam Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 16/1993.
4.
Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Sekatan
Bidang) pula dikeluarkan kepada
syarikat-syarikat yang telah memenuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan seperti berikut:-
4.1.
Penguasaan
Bumiputera sekurang-kurangnya 51% dari segi pemilikan modal, Ahli Lembaga Pengarah,
Pengurusan dan Pekerja.
4.2.
Jawatan-jawatan
utama (key-posts) dalam syarikat terutamanya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)/Setaraf dan
Pengurusan Kewangan di pegang oleh
individu Bumiputera.
4.3.
Mempunyai modal
berbayar atau modal terkumpul kurang daripada
RM10,000.00.
4.4.
Beroperasi di rumah
kediaman.
4.5.
Berdaftar dalam
Bidang Sekatan sahaja, iaitu:
(a) Membekal makanan di bawah sub - bidang 080200, 080300 dan
080501
(b) Membekal Tanaman dan Baka Ternakan di bawah sub - bidang
120201 dan 120202;
(c) Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan di bawah sub-bidang
220203, 220205 dan 220206;
(d) Perkhidmatan mencuci dan membersih di bawah
sub - bidang 220401, 220402, 220403, 220404, 220405, 220506 dan 220488;
(e) Perkhidmatan Gunatenaga (Kontrak Buruh) di bawah sub - bidang
220501; dan
(f) Perkhidmatan Pengindahan di bawah Sub - bidang 220801, 220802,
220803 dan 220888.
5.
Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Sekatan Bidang) akan digugurkan
sekiranya syarikat berkenaan telah memohon berdaftar bidang-bidang selain daripada Bidang
Sekatan seperti dinyatakan di para 4.5. Walau bagaimanapun syarikat tersebut boleh memohon
pengiktirafan syarikat bertaraf Bumiputera sekiranya syarikat tersebut memenuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan.
6.
Sehubungan dengan ini saya memohon kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan, dalam
urusan pengendalian perolehan samada secara sebutharga atau tender yang dikhaskan kepada
syarikat bertaraf Bumiputera hendaklah mempastikan perkara-perkara berikut:
6.1.
Syarikat
mengemukakan Sijil Asal Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera atau Sijil Asal Akuan
Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (Sekatan Bidang) tertakluk kepada bidang-bidang yang
dipelawa oleh sesuatu Jabatan/Agensi.
6.2.
Bagi urusan
perolehan sebutharga/tender dalam Bidang Sekatan, syarikat-syarikat yang mempunyai Sijil Akuan seperti di Lampiran A dan Lampiran B
adalah layak memohon mendapatkan/membeli dokumen tawaran.
6.3.
Bagi urusan
perolehan sebutharga/tender dalam bidang selain daripada Bidang Sekatan, hanya
syarikat-syarikat yang mempunyai Sijil Akuan seperti di Lampiran A sahaja yang layak
memohon mendapatkan/membeli dokumen tawaran.
7.
Sekiranya pihak Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan menghadapi sebarang masalah berhubung
status sesebuah syarikat atau tentang kesahihan taraf Bumiputera, pejabat ini bersedia
membantu dan memberikan maklumat yang berkaitan.
8.
Di atas perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini saya
dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
T.T
( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Sabah.
SPek.BIL.6.2000