Ruj. Kami           :           PMS/UP/656-3/(  67   )

Tarikh                :           22 Mei 2000

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Semua Ketua  Badan Berkanun Persekutuan SabahDan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BIL. 04 TAHUN 2000

 

SENARAI KONTRAKTOR BEKALAN DAN  PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

 

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara  yang tersebut di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah seperti disenaraikan di Lampiran A Surat Pekeliling ini telah dikenakan tindakan tatatertib dan telah dibatalkan atau digantung pendaftarannya.  Tindakan tatatertib ini diambil selaras dengan peruntukan kuasa Arahan Perbendaharaan (AP) 184.4 serta peraturan seperti ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 

3.         Oleh yang demikian, kontraktor-kontraktor tersebut adalah tidak layak untuk menyertai apa-apa tawaran perolehan sebutharga/ tender Bekalan dan Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan dan Jabatan/Berkanun Negeri yang menerima peruntukan  Kerajaan Persekutuan.

 

4.         Sehubungan dengan itu, kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mempastikan tiada perolehan diuruskan di antara Jabatan/Badan Berkanun Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dengan kontraktor-kontraktor berkenaan.  Sebarang perolehan Bekalan dan Perkhidmatan yang diuruskan dengan kontraktor-kontraktor tersebut adalah melanggar tatacara perolehan kerajaan dan pegawai yang bertanggungjawab dengan perolehan tersebut boleh dikenakan tindakan surcaj. 

 

5.                     Surat Pekeliling ini berkuatkuasa serta merta. Di atas perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.  Terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

                       T.T

(  DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI  )

Pegawai Kewangan Persekutuan,

Sabah.

 

s.k.

 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan

Kementerian Kewangan

Khazanah Malaysia

Jalan Duta

50592 KUALA LUMPUR.

 

Pegawai Kewangan Persekutuan

Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar

Jalan Simpang Tiga

93592 KUCHING.

 

Pengarah Audit Negara

Cawangan Sabah

Tingkat 6 & 7, Rumah Persekutuan

88518 KOTA KINABALU.

 

Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Sabah

Tingkat 2, Rumah Persekutuan

88594 KOTA KINABALU.

 

 

SuratPekPMSBil.04Th2000