Ruj. Kami
:
PMS/UP656-3/(62)
Tarikh
:
19 April 2000
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Pengarah
Kerja Raya
Jabatan
Kerja Raya Sabah
Ibu
pejabat
88582
KOTA KINABALU
Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
BILANGAN
03 TAHUN 2000
Dengan hormatnya saya menarik perhatian
Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan
bahawa Pejabat ini dapati ada beberapa pemerhatian dan pertanyaan audit yang gagal dijawab
atau diberi penjelasan oleh Pejabat Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan walaupun beberapa
surat ulangan/peringatan telah dikemukakan oleh Jabatan Audit.
2. Adalah
ditegaskan bahawa pegawai-pegawai awam dikehendaki dan menjadi kewajipan untuk memberi
kepada Ketua Audit Negara segala kemudahan yang perlu dalam masa melaksanakan kewajipannya
dan menjawab apa-apa pertanyaan dengan cepat iaitu tidak lewat daripada satu (1) bulan
dari tarikh pertanyaan audit. Ini adalah
berdasarkan Arahan Perbendaharaan (A.P)306 yang tercatat seperti berikut :
AP306 -
Adalah menjadi kewajipan semua Pegawai Awam memberi
kepada Ketua Audit Negara segala kemudahan yang perlu dalam masa melaksanakan kewajipannya
dan menjawab apa-apa pertanyaan audit dengan cepat iaitu tidak lewat dari satu (1) bulan
dari tarikh pertanyaan audit dialamatkan kepada mereka.
3. Pertanyaan
Audit yang dikemukakan kepada Ketua Jabatan adalah bermaksud untuk mendapatkan perhatian
mengenai urusan Kewangan atau atas sesuatu kesilapan atau ketinggalan yang perlu
diperbetulkan dengan segera. Di samping itu
pertanyaan-pertanyaan atau teguran-teguran Audit itu perlu dianggapkan sebagai satu punca
bantuan kepada pengurusan.
4. Pejabat
ini berharap pegawai-pegawai yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan dan
berusaha untuk menjawab sepenuhnya pertanyaan Audit di dalam tempoh satu bulan. Jika Pegawai gagal untuk menjawab dan memberi
penjelasan, ianya boleh disyorkan untuk dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan Perintah
Am Bab D.
Sekian
dan di atas perhatian Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara ini diucapkan
terima kasih.
BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
T.T
(
DATUK DR ABDUL AZIZ BIN MOHD ALI )
Pegawai
Kewangan Persekutuan
Sabah