Ruj. Kami : PMS/UP/656-3/(
59 )
Tarikh
:
10 April 2000
Semua Ketua
Jabatan Persekutuan Sabah
Dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Semua Ketua
Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Pengarah
Kerja Raya
Jabatan
Kerja Raya Sabah
Ibu Pejabat
88582 Kota
Kinabalu.
Y. Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT
PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BILANGAN 02
TAHUN 2000
TEMPOH
PENJUALAN DOKUMEN TENDER
Adalah
saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian Y.Bhg Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada
perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah
dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) ada menerima aduan daripada
kontraktor bekalan dan perkhidmatan/kontraktor kerja yang tidak berpeluang menyertai
sesuatu tawaran kerana Jabatan telah
menetapkan satu tarikh akhir bagi penjualan dokumen tender atau atas alasan dokumen tender telah habis dijual.
Sehubungan dengan itu, PMS telah mengadakan semakan terhadap masalah yang
ditimbulkan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan seperti berikut:
2.1.
Terdapat
Jabatan Pelaksana menetapkan tarikh terakhir kontraktor bekalan dan
perkhidmatan/kontraktor kerja boleh membeli dokumen tender, sebelum tarikh tawaran
tersebut ditutup. Sepatutnya dokumen tender
masih boleh djual sehingga tarikh tutup sesuatu tawaran.
2.2.
Terdapat
juga Jabatan Pelaksana yang tidak menyediakan dokumen tender yang secukupnya bagi memberi
peluang kepada kontraktor bekalan dan perkhidmatan/kontraktor kerja membeli dokumen
tersebut.
3. PMS
ingin menarik perhatian pihak Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan terhadap Arahan
Perbendaharaan 172.1(a) mengenai
Publisiti Tender yang menyatakan bahawa apabila
mempelawa tender, publisiti yang seluas-luasnya hendaklah dibuat supaya semua pembekal
yang bona fide berpeluang untuk menyertai tender dan dengan demikian
membolehkan kerajaan mendapatkan tawaran
yang terbaik.
4. Sehubungan
dengan itu, kerjasama pihak Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan diharapkan dapat memastikan
supaya dokumen tender dijual sepanjang tempoh pelawaan tender. Di samping itu juga pihak
Jabatan Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mempastikan bilangan
dokumen tender yang mencukupi untuk sesuatu
tawaran yang dipelawa.
5. Di atas
sokongan dan kerjasama Y.Bhg.Dato/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
T.T
( DATUK DR.
ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai
Kewangan Persekutuan,
Sabah
Up/13/3/maa/ahs.