Ruj.
Kami
:
PMS/UP/656-3/( 58
)
Tarikh : 22
Mac 2000
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT
PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BILANGAN 1 TAHUN 2000
PENGEMASKINIAN SYARAT-SYARAT DI DALAM
Adalah
saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada
perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah
dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembuka Tender Perolehan Persekutuan Sabah yang diuruskan
oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah mendapati kebanyakan petender-petender yang menyertai
tawaran tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam dokumen tender
jabatan. Hasil daripada semakan
Perbendaharaan Malaysia Sabah ke atas beberapa dokumen tender jabatan mendapati
syarat-syarat yang dinyatakan didalam dokumen tender adalah tidak spesifik dan jelas. Lanjutan daripada ini, sukacita diperturunkan
antaranya contoh-contoh seperti beirkut:
2.1
Terdapat
petender-petender yang mengemukakan dokumen tawaran mereka
menggunakan satu (1) sampul surat bagi dua (2) atau tiga (3) tawaran. Sepatutnya petender-petender hendaklah menggunakan
sampul surat yang berasingan bagi setiap satu tawaran walaupun tarikh tutup
tawaran-tawaran tersebut pada hari dan masa yang sama.
2.2
Terdapat
juga kes dimana di luar sampul surat tersebut tidak ditulis/ditaip dengan jelas
butir-butir seperti tajuk tawaran, nombor rujukan tawaran
dan tarikh tutup tawaran.
3. Berhubung
dengan contoh yang dinyatakan di atas, pihak jabatan hendaklah mengemaskini syarat
penghantaran dokumen tender seperti contohnya syarat bagi penghantaran borang-borang
tender hendaklah dinyatakan didalam dokumen tender yang
berbunyi seperti berikut:
3.1
Borang-borang tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah
dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang berasingan bagi setiap satu tawaran dengan
menggunakan sampul surat yang berlakri dan ditulis/ditaip pada bahagian atas sampul surat
tersebut. Bagi petender-petender yang gagal mematuhi syarat ini, tawaran tuan tidak akan
dipertimbangkan. Butir-butir yang perlu ditulis/ditaip pada bahagian atas sampul surat
tersebut adalah seperti berikut:
(
i ) TENDER BAGI:
TAWARAN
MEMBEKAL MAKANAN HARIAN BERMASAK DI SEKOLAH ASRAMA PENUH ABC
(ii) NO. TENDER:
PMS/UKP/123
(iii) TARIKH TUTUP TENDER: 6
MAC 2000
(iv) YANG DIALAMATKAN
KEPADA:
Setiausaha
Lembaga
Perolehan Persekutuan Sabah
Perbendaharaan
Malaysia Sabah
Tingkat
2, Rumah Persekutuan
Jalan
Mat Salleh
4. Sehubungan
dengan ini, kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan adalah diminta
mengambil tindakan mengemaskinikan syarat-syarat tawaran tender jabatan sama ada didalam
dokumen tender atau pun kenyataan iklan dimana berkenaan.
5. Di atas
sokongan dan kerjasama Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
T.T
( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai
Kewangan Persekutuan,
Sabah.