Ruj. Kami           :           PMS/UP/656-3/(  53 )

Tarikh                :           28 Oktober 1999

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

dan Wilayah Persekutuan Labuan

 

 

 

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

 

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

BILANGAN 9 TAHUN 1999

 

PEMBATALAN AKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR KERANA

PELANGGARAN PERATURAN TATATERTIB PENDAFTARAN

KONTRAKTOR: SYARIKAT KBM (EAST MALAYSIA) SDN.BHD.

[KELULUSAN NO.:PMS/UKP/662(6)]

 

Adalah saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah, setelah menjalankan siasatan dan mengemukakan surat tunjuk sebab yang sewajarnya, mendapati Syarikat KBM ( East Malaysia ) Sdn. Bhd. telah melanggar peraturan pendaftaran kontraktor dengan kesalahan berikut:

 

2.1.             Memalsukan / Meminda Sijil Akuan Pendaftaran; dan

2.2.             Membenarkan Sijil Pendaftaran digunakan oleh individu / syarikat lain

 

3.         Sehubungan dengan itu, Perbendaharaan Malaysia Sabah telah memutuskan untuk membatalkan akuan pendaftaran syarikat tersebut berkuatkuasa serta merta. Oleh yang demikian, Syarikat tersebut adalah tidak layak untuk menyertai dan dipertimbangkan bagi mana-mana tawaran sebutharga atau tender untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan yang dibuat oleh Jabatan / Badab Berkanun Persekutuan.

 

4.         Di atas perhatian dan kerjasama pihak Y.Bhg.Dato’/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK  NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

                        T.T

(  DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI  )

Pegawai Kewangan Persekutuan,

Sabah.

 

s.k.

 

 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Kementerian Kewangan Malaysia

Kompleks Kerajaan,

Jalan Duta

50592 KUALA LUMPUR.

 

Pegawai Kewangan Persekutuan

Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar

Jalan Simpang Tiga

93592 KUCHING