2. Sebagaimana
pihak Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan sedia maklum, semua sebutharga atau tender bagi
bekalan dan perkhidmatan Jabatan/Agensi/Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan di Sabah
hendaklah diuruskan dengan syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia, Perbendaharaan Malaysia Sabah atau Perbendaharaan Malaysia Sarawak. Sesebuah
syarikat yang ingin mendapatkan dokumen sebutharga atau membeli dokumen tender bagi
tawaran bekalan dan perkhidmatan mestilah mengemukakan sijil asal Akuan Pendaftaran
Kontraktor yang berdaftar samada dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Perbendaharaaan
Malaysia Sabah atau Perbendaharaan Malaysia Sarawak yang masih sahlaku tarikh
pendaftarannya dan berdaftar dalam bidang-bidang yang berkenaan.
3. Walau
bagaimanapun, Pejabat ini mendapati terdapat
kes di mana syarikat telah menipu Jabatan dengan mengemukakan Lampiran
A (senarai bidang-bidang yang diluluskan) bagi sijil yang telah luput tempoh sahlaku
tarikh pendaftarannya. Penipuan ini dilakukan untuk membolehkan syarikat tersebut memasuki
tawaran sebutharga/tender berkenaan walaupun bidang tersebut sudah tidak diluluskan kepada
syarikat berkenaan.
4. Sehubungan
dengan itu, kerjasama pihak Y.Bhg. Dato/ Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memastikan kesahihan Sijil
Akuan Pendaftaran Kontraktor dan bidang-bidang yang telah diluluskan bagi sesebuah
syarikat yang ingin menyertai sesuatu tawaran Jabatan/Agensi. Perkara-perkara yang perlu
diberi perhatian adalah seperti berikut:
| 4.1 |
Hanya syarikat yang mengemukakan salinan asal Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor sahaja boleh diberi/dijual dokumen tawaran; |
| 4.2 |
Pada masa ini Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor adalah menggunakan format baru seperti contoh di Lampiran W yang dikeluarkan mulai 12 Mac 1999. Format Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor yang lama adalah seperti contoh di Lampiran X dan pengeluarannya telah dihentikan mulai 12 Mac 1999. Walau bagaimanapun sijil akuan dengan format yang lama masih sahlaku tertakluk kepada tarikh pendaftaran yang masih belum luput. Tempoh pendaftaran bagi sesuatu syarikat ada dicetak dalam kedua-dua format Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor; |
| 4.3 |
Dalam format
Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor yang baru, bidang-bidang yang diluluskan dicetak terus
secara berkomputer di atas sijil berkenaan. Walau bagaimanapun, dalam format Sijil Akuan
Pendaftaran Kontraktor yang lama, bidang-bidang yang diluluskan akan dikepilkan di
Lampiran A sijil berkenaan, sekiranya ruangan tidak mencukupi. Lampiran A hanya terpakai
bagi format lama Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor. Bagi syarikat yang telah diluluskan
penambahan bidang, Sijil Tambah Bidang akan dikeluarkan. Contoh sijil Tambah Bidang
adalah seperti di Lampiran
Y. |
|
Bagi kontraktor
yang diiktiraf sebagai kontraktor Bumiputera, Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor
Bumiputera akan dikeluarkan kepada kontraktor yang berkenaan. Contoh Sijil Akuan
Pendaftaran Kontraktor Bumiputera adalah seperti di Lampiran Z. Bagi tawaran sebutharga/tender yang dikhaskan
kepada kontraktor Bumiputera, maka Jabatan/Agensi hendaklah mempastikan kontraktor
ada mengemukakan salinan asal Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera ketika
memohon mendapatkan dokumen tawaran. |
5. Adalah diharapkan, dengan penjelasan ini pihak Y.Bhg. Dato/ Datuk/Tuan/Puan dapat gambaran yang lebih jelas tentang Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor, bagi bekalan dan perkhidmatan samada yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak. Dengan yang demikian, penipuan oleh syarikat dapat dielakkan. Sekiranya terdapat keraguan atau apa-apa perkara yang masih kurang jelas berhubung pendaftaran sesuatu syarikat, Pejabat ini sentiasa bersedia memberikan penjelasan dan mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau aduan.