- Ruj.
Kami : PMS/UP/656-3/(44)
- Tarikh
: 13
Julai 1999
-
- Semua
Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
- Dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
-
- Semua
Ketua Jabatan Badan Berkanun Persekutuan Sabah
- Dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
-
- Y.Bhg.
Dato/Datuk/Tuan/Puan,
-
- SURAT
PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
- BILANGAN
5 TAHUN 1999
- _____________________________________________________________________________________
-
- KELEMAHAN-KELEMAHAN DI DALAM MENGURUSKAN
- PENDAHULUAN
DIRI DAN PELBAGAI
- _______________________________________________________________________________________
Adalah saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian
Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan
bahawa didalam mempertimbangkan dan mengawasi permohonan dan bayaran balik Pendahuluan
Diri (selain Pendahuluan Diri untuk tujuan tugas rasmi di luar stesen) dan Pendahuluan
Pelbagai, pejabat ini mendapati beberapa kelemahan didalam amalan yang dipraktikkan oleh
Jabatan-Jabatan Persekutuan di Sabah sepertimana berikut:
-
2.1.
Semasa Mengemukakan Permohonan
-
-
a. Tidak
menyatakan secara terperinci latarbelakang kes/tujuan pendahuluan dipohon.
-
-
b.
Borang Kew. 106 yang
dikemukakan tidak mencukupi/tidak lengkap.
-
-
c.
Tidak menyertakan Borang
Maklumat Sokongan (Lampiran A) kepada
Pekeliling
-
Perbendaharaan
Bil. 13 Tahun 1990 bagi permohonan Pendahuluan Pelbagai.
-
-
d.
Tidak mengemukakan salinan penyata gaji terkini pegawai bagi permohonan
-
Pendahuluan Diri.
-
-
2.2.
Tindakan Membuat Bayaran Balik
-
-
a.
Bayaran balik/potongan gaji lewat dibuat dimana ianya dibuat tidak mengikut
tempoh
-
masa yang ditetapkan.
-
- b. Amaun
potongan gaji yang dibuat tidak mengikut jumlah yang ditetapkan.
-
- c. Bayaran
balik/potongan gaji tidak dibuat dan membiarkan kes berlanjutan tanpa ada
usaha
-
dilakukan
untuk membuat bayaran balik berkenaan.
-
- 3.
Sehubungan dengan itu, sukacita pejabat ini ingin mengingatkan pihak Y.Bhg.
Dato/ Datuk/Tuan/Puan supaya dapat memastikan perkara-perkara berikut semasa
mengemukakan permohonan pendahuluan.
-
-
3.1.
Mengemukakan lima (5) salinan Kew. 106 yang lengkap diisi.
-
-
3.2.
Menyatakan secara terperinci latar belakang kes/tujuan permohonan Pendahuluan
khususnya bagi permohonan Pendahuluan Diri
untuk membayar balik gaji/elaun yang terlebih bayar dan membayar tunggakan KWSP.
-
-
3.3. Menyertakan
salinan penyata gaji pegawai yang terkini bagi permohonan Pendahuluan Diri.
-
-
3.4.
Menyertakan Borang Maklumat Sokongan (Lampiran A) kepada Pekeliling
Perbendaharaan
-
Bil.13
Tahun 1990 yang lengkap diisi bagi permohonan Pendahuluan Pelbagai.
-
- 4.
Pihak Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan juga diingatkan akan peranan Ketua-Ketua
Jabatan untuk memastikan bayaran balik ke atas Pendahuluan yang diluluskan dibuat mengikut
tempoh masa yang ditetapkan.Kegagalan berbuat demikian membolehkan tindakan surcaj atau
tatatertib dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang bertangungjawab. Di atas Maksud yang
tersebut, Ketua-Ketua Jabatan adalah dikehendaki mengemukakan Laporan Kedudukan Semua
Pendahuluan yang belum diselesaikan pada setiap Suku Tahun kepada pejabat ini dengan
disalinkan kepada Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara dengan menggunakan
format seperti di Lampiran B kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun
1990.
- Sekian. Terima kasih.
-
- BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
-
-
t.t
- ( DATUK
DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
- Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.