Ruj. Kami      : PMS/UP/656-3/( 42  )
 Tarikh          : 25 Mei 1999
  
Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
 
Semua Ketua Jabatan Badan Berkanun Persekutuan Sabah Dan
Wilayah Persekutuan Labuan
 
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
 
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BILANGAN 4 TAHUN 1999
________________________________________________________________________
 
BILANGAN 4 TAHUN 1999PENERIMAAN HADIAH OLEH JABATAN KERAJAAN
________________________________________________________________________

Adalah saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara yang tersebut di atas.

2.              Sepertimana Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan sedia maklum, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia telah pun mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 mengenai Garis Panduan Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam.  Walaubagaimana pun berdasarkan pertanyaan-pertanyaan yang sering diterima daripada Jabatan/Agensi Persekutuan Di Sabah, pejabat ini mendapati ada di antara Jabatan/ Agensi Persekutuan di Sabah yang kurang jelas dari segi prosedur penerimaan Hadiah oleh Jabatan/Agensi Kerajaan samada daripada pihak swasta atau mana-mana pihak lain.

 3.       Sehubungan dengan ini, suka saya menarik perhatian pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/ Tuan/Puan kepada cabutan Pekeliling tersebut di atas di para 18 hingga 19 di mana Jabatan/Agensi Kerajaan adalah dibenarkan menerima hadiah daripada pihak-pihak yang berkaitan dengan memperolehi kebenaran daripada:-

3.1.         “Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal, jika nilai hadiah tiap-tiap satu kurang daripada RM10,000.00.  Kuasa Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal meluluskan penerimaan hadiah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di Lampiran ‘A’ berlampir;  atau

3.2.         Perbendaharaan, jika nilai hadiah tiap-tiap satu bernilai RM10,000.00 atau lebih.

 4.              Setiap permohonan oleh Jabatan Kerajaan kepada pihak yang meluluskan penerimaan hadiah tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti di Lampiran ‘B’ berlampir”.

 5.       Semoga dengan penjelasan ini adalah diharap pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan dapat menguruskan prosedur penerimaan hadiah dengan lebih jelas dan teratur.  Di samping mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 yang sedang berkuatkuasa.

 
Sekian.  Terima kasih.
 
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
 
Saya yang menurut perintah,
 
                          t.t
( DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
  Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.