Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan,
_________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sayugia diingatkan, dengan pengeluaran dan penguatkuasaan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1998 bertarikh 5 Ogos 1998 mengenai kenaikan had nilai perolehan kerja secara undian/pusingan atau sebutharga daripada RM50,000.00 kepada RM100,000.00 bertujuan mempercepatkan proses perolehan kerja. Walaubagaimana pun, berdasarkan pemerhatian pejabat ini adalah didapati terdapat Jabatan/Badan Berkanun yang menguruskan pelaksanaan perolehan kerja yang bernilai melebihi RM50,000.00 hingga RM100,000.00 tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perenggan 3.6 (i), (ii), (iii) dan (iv) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1998 yang dinyatakan seperti berikut:-
" Semua kerja-kerja di atas yang melebihi RM50,000.00 hingga RM100,000.00 adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
- Bon Pelaksanaan sebanyak 5% daripada jumlah harga kontrak (kontraktor dibenarkan membuat pilihan untuk mengemukakan Jaminan Bank atau Jaminan Insurans atau memilih dikenakan Wang Jaminan Pelaksanaan seperti yang ditetapkan di dalam Tambahan Kedua Kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1995);
- Polisi Insurans Tanggungan Awam (iaitu insurans terhadap bencana kepada orang dan kerosakan kepada harta);
- Nombor-nombor pendaftaran di bawah Skim Keselamatan Sosial pekerja (PERKESO) dan/atau;
- Polisi Insurans Pampasan Pekerja (merupakan anggaran jumlah pendapatan daripada pekerja kontraktor yang tidak termasuk di bawah skim PERKESO)."
3. Disamping itu, sukacita juga diingatkan bahawa tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja yang bernilai diantara RM10,000.00 hingga RM100,000.00 adalah selama enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap.
4. Sehubungan dengan itu, pihak Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan adalah diingatkan dalam menguruskan pelaksanaan perolehan kerja secara undian/pusingan atau sebutharga yang bernilai melebihi RM50,000.00 hingga RM100,000.00 hendaklah mematuhi sepenuhnya arahan yang termaktub di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1998.
5. Sokongan dan kerjasama pihak Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah diharapkan bagi mempastikan kepentingan Kerajaan sentiasa diutamakan dan dijaga.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,