Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.Bhg.Dato'/Datuk/Tuan/Puan
kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Berikutan dengan pemerhatian pejabat ini adalah didapati beberapa jabatan tidak mematuhi arahan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah sepertimana didalam Pekeliling Bil. 21/1986 bertarikh 11 September 1986 yang berkaitan dengan Permohonan Untuk Menduduki Rumah Kediaman Kerajaan/Rumah Swasta Disewa Oleh Kerajaan Bagi Pegawai- pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Yang Bertukar Wilayah. Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Cawangan Sabah Bil. 21/1986 itu adalah masih berkuatkuasa walaupun terdapat beberapa prinsip peraturan yang perlu diselaraskan atau ubahsuai dengan prinsip/peraturan Sistem Saraan Baru.
3. Selain daripada itu, amalan yang sering tidak dipatuhi antaranya ialah:-
3.1 Pegawai terlebih dahulu menduduki rumah swasta yang disewa oleh Kerajaan tanpa memperolehi "Pengesahan Tiada Rumah Kerajaan" daripada Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS).
3.2 Mengikut amalan sekarang sesetengah jabatan hanya mengemukakan "Borang Akuan Masuk Rumah" dan dalam masa yang sama mereka menggunakannya untuk mendapatkan "Pengesahan Tiada Rumah Kerajaan" daripada PMS.
3.3 Berpindah dari rumah swasta yang disewa oleh Kerajaan ke rumah swasta yang lain sebelum mendapat kebenaran daripada PMS.
3.4 Tidak menghantar maklumat pegawai-pegawai/kakitangan yang menyewa rumah swasta kepada PMS selaras dengan arahan sepertimana dalam surat pejabat ini rujukan (SH)(8.00)3/8/1Jid.3/(64) bertarikh 6 Ogos 1991.
4. Sehubungan dengan ini, amalan-amalan tersebut di atas hendaklah dielakkan dan diberhentikan. Ketua-Ketua Jabatan adalah diminta mempastikan semua pegawai/kakitangan mematuhi Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Cawangan Sabah Bil.21/86. Susulan dari Surat pekeliling tersebut, PMS juga telah mengeluarkan surat-surat arahan rujukan (SH)(8.00)3/8/1 Jld.3(34) bertarikh 29 Mei 1990 dan (SH)(8.00)3/811 Jid.3(64) bertarikh 6 Ogos 1991 yang masih berkuatkuasa hingga kini. Salinan Surat Pekeliling tersebut dan surat-surat arahan yang berkaitan dilampirkan bersama untuk rujukan dan tindakan Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan sewajarnya.
5. PMS sedia memberikan penjelasan dan maklumbalas yang sewajarnya tentang sebarang masalah atau kemusykilan yang mungkin timbul. Segala sokongan dan kerjasama pihak Y.Bhg.Dato'/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara di atas adalah amat diharapkan bagi melicinkan urusan serta mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan dan salah faham.
Sekian. Terima kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah,