Y. Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian Y. Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara yang tersebut di atas.
2. Sayugia dimaklumkan, bahawa hasil daripada beberapa siri pemeriksaan mengejut ke Jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah yang dibuat dari semasa ke semasa dan juga urusan seharian Pejabat ini, adalah didapati bahawa terdapat pelbagai penyelewengan yang dirancang begitu rapi dan amalan-amalan serta kesalahan-kesalahan yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa. Beberapa contoh penyelewengan dan amalan-amalan serta kesalahan-kesalahan yang dapat dikesan, yang tidak mematuhi peraturan semasa adalah seperti di lampiran A kepada Surat Pekeliling ini.
3. Sukacita diingatkan sekiranya pihak Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan ada melakukan penyelewengan dan amalan-amalan serta kesalahan-kesalahan yang tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa, Perbendaharaan Malaysia Sabah tidak akan teragak-agak mengesyorkan supaya pegawai yang bertanggungjawab dikenakan tindakan seperti berikut samada:
4. Untuk makluman Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan pejabat ini juga tidak akan mempertimbangkan permohonan kelulusan pembayaran di bawah Arahan Perbendaharaan 58(a) sekiranya didapati ianya berpunca daripada penyelewengan dan amalan-amalan serta kesalahan-kesalahan yang tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa.
5. Sehubungan dengan itu, dengan keluarnya Surat Pekeliling ini semua Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan adalah diminta dengan serta-merta menghentikan semua bentuk penyelewengan dan amalan-amalan serta kesalahan-kesalahan tersebut. Sekiranya pejabat ini mendapati masih ada lagi Jabatan dan Agensi yang mempraktikkan penyelewengan dan perlanggaran peraturan yang sedang berkuatkuasa, Pejabat ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
6. Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah Bilangan 5 Tahun 1998 ini adalah berkuatkuasa dengan serta-merta.
Sekian, terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,