Ruj. Kami: PMS/UP/656_3 ( 20 )
Tarikh: 27 Mac 1998
 
Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Semua Ketua Jabatan Badan Berkanun Persekutuan
Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah
 
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sabah
 
Pegawai-Pegawai Daerah
 
Presiden
Majlis Perbandaran Kota Kinabalu
 
Presiden
Majlis Perbandaran Tawau
 
Preisden
Majlis Perbandaran Sandakan
 
Penolong Pegawai Daerah Kecil
Ketua-Ketua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

 

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BILANGAN 1/1998
____________________________________________________________

MEMECAH KECILKAN PEROLEHAN TAHUNAN

Adalah saya dengan horinatnya menarik perhatian Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini mendapati masih terdapat Jabatan- Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan yang masih tidak jelas dengan larangan memecah kecilkan perolehan tahunan. Sehubungan dengan ini diperjelaskan contoh-contoh tindakan perolehan yang diklasifikasikan sebagai memecah kecil perolehan tahunan.

Contoh( i )

Sekiranya Pejabat Bahagian menerima peruntukan bagi Kontrak Kerja sebanyak RM200,000.00 untuk melaksanakan pembaikan lima (5) sekolah di lima (5) lokasi berasingan di bahagian berkenaan, perolehan tersebut hendaklah diuruskan secara tender. Didalam dokumen tender hendaklah menyatakan bahawa ianya akan dilaksanakan di kelima-lima lokasi berlainan. Skop kerja untuk kelima-lima kawasan berkenaan hendaklah dinyatakan dengan jelas.Sehubungan dengan ini jabatan boleh menawarkan kepada lima (5) syarikat berasingan berasaskan tawaran terbaik mengikut lokasi.

Contoh( ii )

Bagi pembekalan alat kelengkapan, tender hendaklah dikeluarkan keatas keperluan kelengkapan berkenaan dan penghantaran dibuat mengikut lokasi yang ditetapkan.

Contoh ( iii )

Bagi kes Kementerian Pendidikan, dimana Kementerian Kewangan telah mcluluskan kenaikan siling sebutharga bagi projek ubahsuai rumah guru sehingga RMIOO,000.00. Walaubagaimanapun jabatan tidak boleh memecah kecilkan projek bagi bahagian yang menerima peruntukan lebih dari RMI00,000.00 untuk dilaksanakan secara sebutharga. Ini adalah bertentangan dengan kelulusan tersebut.

3.     Semoga dengan contoh-contoh yang dinyatakan, dapat mempejelaskan kekeliruan dan tindakan yang sering dilakukan dalam memecah kecilkan perolehan tahunan. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sukacita dapat berhubung dengan pejabat ini untuk penjelasan seterusnya. Sehubungan dengan ini sokongan dan kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan untuk mematuhi Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Arahan Perbendaharaan yang berkaitan arnatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih,

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

                       t.t

( DATUK DR.ABDUL AZIZ BIN MOHD.ALI )
  Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah