Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini dapati masih terdapat Jabatan-Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan yang tidak menunjukkan nama Jabatan atau Badan Berkanun berkenaan ke atas kenderaan-kenderaan masing-masing.
3. Perenggan 1.4 - Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980 telah menetapkan seperti berikut:-
" 1.4. Semua kenderaan Kerajaan hendaklah mengecat atau menunjukkan nama Kementerian atau Jabatan berkenaan ke atas kenderaan mereka. Perkara ini boleh dikecualikan dalam keadaan istimewa dengan kelulusan Kementerian Kewangan."
4. Sehubungan dengan itu, pejabat ini berharap dapat Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan melaksanakan peraturan itu dengan segera bagi kenderaan-kenderaan yang sedia ada dan dipatohi serta dilaksanakan peraturan itu bagi kenderaan-kenderaan baru yang akan dibeli kelak.
5. Di atas kerjasama Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan untuk melaksanakan peraturan ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima Kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah,
SK. Fail PMS/UPH/437-24