Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah
Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sabah
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sabah
Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sabah
Pengarah Taman-Taman Sabah
Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar Sabah
Pegawai-Pegawai Daerah
Penolong Pegawai Daerah Kecil
Ketua-Ketua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian Y.Bhg.Dato'/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Adalah didapati kebanyakan Jabatan/Agensi yang menguruskan pengiklanan tender Persekutuan tidak mengemukakan salinan Notis Tawaran kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah. Bagi tujuan memperkemaskan rekod pengiklanan tender dan tindakan awal Jawatankuasa Pembukaan Tender, sukacita kiranya pihak Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dapat memanjangkan salinan surat Notis Tawaran yang dikemukakan kepada pihak akhbar bagi tujuan pengiklanan ke Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Sokongan dan kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Seklan. Terima kasih.
" BEPKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah