Ruj. Kami : PMS/UP/656-3/( 14 )
Tarikh : 6 Disember 1997

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sabah

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sabah

Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sabah

Pengarah Taman-Taman Sabah

Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar Sabah

Pegawai-Pegawai Daerah

Penolong Pegawai Daerah Kecil

Ketua-Ketua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BIL. 18/1997
_____________________________________________________________________
TATACARA PEROLEHAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
___________________________________________________________________

Adalah saya dengan hormatnya menarik perhatian Dato'/Datuk/Tuan/Puan kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Pejabat ini mendapati berlaku kekeliruan dikalangan beberapa Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Sabah dalam pematuhan Tatacara Perolehan bagi projek-projek yang telah diluluskan peruntukan kepada Jabatan dan Agensi berkenaan. Dengan ini sukacita diperjelaskan disini berdasarkan contoh-contoh kes seperti berikut:

2.1 Jika sesuatu projek tersebut merupakan projek Kerajaan Persekutuan, walaupun Jabatan/Agensi Negeri menggunapakai peruntukan Kerajaan Negeri dahulu dan dibayar balik (reimbursed) dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan, perolehan tersebut hendaklah ditimbangkan oleh Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah.

2.2 Jika sesuatu projek yang pembiayaannya dikongsi bersama oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ianya juga hendaklah ditimbangkan oleh Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah.

2.3 Jika sesuatu projek tersebut merupakan projek Kerajaan Negeri yang menggunakan pinjaman Kerajaan Persekutuan ianya hendaklah tertakluk kepada perjanjian pinjaman berkenaan. Sekiranya perjanjian pinjaman tidak menyatakan bahawa ianya perlu dipertimbangkan oleh Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah, Lembaga Perolehan Peringkat Negeri bolehlah membuat pertimbangan ke atas projek berkenaan.

3.    Suka juga dimaklumkan, berhubung dengan Tatacara Perolehan Kerajaan Persekutuan atau Negeri yang digunapakai dalam melaksanakan sesuatu perolehan/projek, ianya hendaklah konsisten dengan Tatacara Perolehan Persekutuan. Sehubungan dengan ini, Arahan Perbendaharaan dan Surat-Surat Pekeilling Perbendaharaan hendaklah digunapakai dan dipatuhi oleh pihak Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan.

4.    Semoga dengan penjelasan ini akan dapat membantu pihak Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan rnemperkemas dan mernpertingkatkan pematuhan tatacara perolehan sepertimana yang telah ditetapkan dan sedang berkuatkuasa.

Sokongan dan kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Dato'/DatuUTuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah

                        T.T
( DATUK DR.ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
  Pegawai Kewangan Persekutuan, Sabah.