Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah
Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah
Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah
Pengarah Jabatan Perhutanan Negerl Sabah
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sabah
Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sabah
Pengarah Taman-Taman Sabah
Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar Sabah
Pegawai-Pegawai Daerah
Penolong Pegawai Daerah Kecil
Ketua-Ketua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,
Adalah saya dengan segala hormatnya menarik perhatian Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara tersebut di atas.
2. Berdasarkan pemerhatian pejabat ini, didapati kebanyakan jabatan/agensi tidak mengiklankan tawaran tender dalam suratkhabar utama Bahasa Melayu. Sehubungan dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan arahan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1995 Tatacara Penyediaan, Penilaian dan Penerimaan Tender yang memperuntukkan bahawa pengiklanan Tender Tempatan hendaktah disiarkan sekurang-kurangnya dalam satu (1) suratkhabar utama Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak Y..Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengiklankan semua pelawaan tender tempatan dalam satu (1) suratkhabar utama Bahasa Melayu disamping mengiklankan pelawaan tender dalam suratkhabar tempatan yang lain.
Sokongan dan kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah