Ruj. Kami : PMS/UKP/(S)80/45
JLD.4( 29 )
Tarikh : 27 Mei 2005
Semua Ketua Jabatan
Persekutuan, Sabah
Dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Semua Ketua Badan
Berkanun Persekutuan, Sabah
Dan Wilayah Persekutuan
Y. Bhg. Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
PMS/UKP/ 02 / 2005
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN TILAM, BANTAL & KUSYEN
KEPADA SEMUA JABATAN DAN BADAN
BERKANUN PERSEKUTUAN
DI
BAGI TEMPOH 1 JUN
2005 HINGGA 31 MEI
2007
1.
PERIHAL
1.1. Adalah dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah telah mengadakan satu kontrak bagi
Pembekalan Dan Penghantaran
Tilam, Bantal Dan Kusyen Kepada Semua
Jabatan Dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan mulai 1 Jun 2005
hingga 31 Mei 2007.
2.
BUTIR – BUTIR KONTRAK
2.1. No. Kontrak : PMS/UKP/1(a)/2005
Nama Pembekal : Dreammaster
Corporation (
Bhd.
KKIP, Jalan Sepanggar
Menggatal
88450 Kota Kinabalu
Nombor Telefon/ : 088 - 412721
Nombor Faksimili : 088 - 412720
Nama dan : Maybank
Alamat Bank : Jalan Perpaduan
Kg. Air, Kota Kinabalu
Nombor Akaun : 510107604402
2.2. No. Kontrak : PMS/UKP/02(b)/2005
Nama Pembekal : Syarikat
Wan Trading & Construction
Blok G, Lot 7, Tingkat 3
Sinsuran Kompleks Kota Kinabalu
Peti Surat 20044
88757 LUYANG.
Nombor Telefon/ : 088-233554/ 224409/ 232554
Nombor Faksimili : 088- 236425
Nama dan : Maybank
Nombor Akaun : 510013-103652
3.
TEMPOH KONTRAK
3.1.
Tempoh kontrak ialah selama
dua puluh empat (24) bulan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2005 hingga 31 Mei 2007.
4. HARGA, PENENTUAN, GERENTI DAN
LAIN-LAIN KETERANGAN
4.1
Harga
bagi kontrak ini adalah harga bersih termasuk semua jenis cukai serta kos
pembungkusan dan pengiriman/penghantaran
seperti di Lampiran A1 dan Lampiran A2.
4.2
Lain-lain
penentuan dan syarat dibawah kontrak ini adalah seperti di Lampiran B,
B1, B2 dan B3.
5. TEMPOH PENYERAHAN
5.1. Tempoh penyerahan ialah seperti Lampiran A1
dan A2 mana yang
berkenaan dari tarikh Pesanan Rasmi dikeluarkan.
5.2. Jabatan Pengguna adalah dibenarkan untuk
membuat perubahan tempoh penyerahan
kepada suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat – syarat berikut:-
5.2.1 Perubahan ini dibuat dengan persetujuan
secara bertulis oleh Pegawai Pengawal
atau wakilnya dengan Kontraktor. Salinan persetujuan tersebut hendaklah
dikemukakan kepada Perbendaharaan
Malaysia Sabah.
5.2.2. Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap perubahan ini.
5.3. Barang – barang yang diserahkan oleh Kontraktor pada masa dan
tarikh yang ditetapkan di dalam borang pesanan tidak boleh ditolak tanpa arahan
secara bertulis daripada pegawai – pegawai yang membuat pesanan. Jika penolakan
dibuat secara ‘adhoc’ tanpa memberitahu
terlebih dahulu kepada kontraktor, tindakan boleh diambil terhadap pegawai yang
berkenaan seperti menanggung tuntutan gantirugi oleh kontraktor berkenaan jika
ada.
5.4. Sekiranya Jabatan Pengguna telah mematuhi
perenggan 6.1, 6.2, dan 7.3 akan tetapi kontraktor gagal membuat bekalan dalam
tempoh penyerahan yang ditetapkan, Jabatan Pengguna dibenarkan membeli dari
punca lain bagi keperluan segera sahaja.
Pembelian bagi keperluan segera ini hendaklah dilaporkan dengan serta
merta kepada Perbendaharaan Malaysia
Sabah dengan menyertakan salinan – salinan Pesanan Tempatan dan invois/bil yang
terlibat.
5.5. Sebarang pesanan yang tidak dapat dibekalkan
oleh kontraktor mengikut tempoh
penyerahan yang ditetapkan, Jabatan Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera
kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan
menyatakan bilangan kontrak, nama barang, nombor dan tarikh pesanan tempatan,
kuantiti dan nilai pesanan berkenaan. Satu salinan pesanan tempatan berkenaan
hendaklah disertakan juga.
6. ANGGARAN KEPERLUAN
6.1. Setelah menerima Pekeliling ini, semua
Jabatan Pengguna dikehendaki menghantar jadual anggaran dan jangkamasa
keperluan bagi tahun – tahun berkenaan kepada kontraktor dalam tempoh dua (2) minggu
untuk membolehkan kontraktor membuat perancangan pembekalan. Satu salinan
jadual berkenaan hendaklah dikemukakan kepada
Perbendaharaan Malaysia Sabah.
6.2.
Sekiranya
Jabatan pengguna tidak mematuhi arahan pada perenggan 7.1., 7.2 dan 7.3
kontraktor berkenaan tidaklah boleh dipersalahkan jika kelewatan bekalan berlaku kelak.
7. PESANAN
7.1. Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada
kontraktor dengan mencatatkan nombor kontrak, jenis barang dan kuantiti
keperluan.
7.2. Kuantiti pesanan mestilah mengikut perenggan
112 Tatacara Pengurusan Stor – Panduan Perbendaharaan. Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui
satu pesanan sahaja tetapi hendaklah dipecah – pecahkan kepada beberapa
pesanan. Pesanan – pesanan itu pula
hendaklah dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa yang munasabah untuk
memudahkan kontraktor menguruskan bekalan mengikut pesanan – pesanan berkenaan.
7.3. Apabila membuat pesanan Jabatan Pengguna
dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta nama pegawai dan nombor telefon
masing – masing supaya pembekalan dapat dijalankan dengan licin dan tepat pada
tempat yang dikehendaki.
8. PEMERIKSAAN
SEMASA MENERIMA BEKALAN
8.1.
Jabatan
Pengguna mestilah memeriksa bekalan yang diterima untuk memastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang dibekalkan itu
adalah sama seperti yang dipesan, memastikan keasliannya dengan mendapatkan kad
jaminan. Jika ada sebarang keraguan mengenai kualiti Barangan atau jika
didapati kerosakan/kekurangan/tidak menepati penentuan di Lampiran ’A1’ dan ’A2’
serta Lampiran
’B, B1, B2 dan B3, Jabatan Pengguna
hendaklah meminta Kontraktor menggantikan jumlah yang rosak/kurang/tidak menepati
penentuan itu dengan yang baru tanpa apa-apa kos tambahan.
8.2.
Jabatan
Pengguna hendaklah memberitahu Kontraktor secara bertulis sebarang penolakan
penerimaan bekalan dengan salinan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Kontraktor mestilah menggantikan Barangan berkenaan (yang rosak/kurang/tidak
menepati penentuan) dengan yang baru dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan tanpa sebarang
tambahan kos.
9. TEMPOH AKHIR
PENGADUAN
9.1. Jabatan Pengguna hendaklah mengemukakan aduan mengenai pembekalan
yang tidak menepati penentuan dengan serta merta jika ada dan hendaklah tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak. Perbendaharaan Malaysia Sabah tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berbangkit akibat daripada
kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
9.2. Sekiranya aduan tidak dapat dikemukakan
dalam tempoh tersebut oleh sebab – sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan,
Jabatan Pengguna hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah
secara rasmi mengenai kedudukan perkara tersebut serta jangkamasa yang masih diperlukan untuk mengemukakan
aduan berkenaan.
10. PEMBAYARAN BIL
10.1. Pembayaran
bil – bil yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara
yang ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia melalui surat Pekeliling Akauntan
Negara Malaysia No. 1/83 bertarikh 23 Mac 1983.
10.2.
Bagi pesanan yang telah disempurnakan oleh kontraktor
dengan memuaskan, bil mengenainya hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh
bil itu diterima.
10.3.
Walau apapun peraturan penerimaan barang – barang yang
diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan penerimaan barang – barang mestilah
dibuat dengan segera pada hari bekalan disempurnakan untuk membolehkan
kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa segera. Jabatan tidak
perlu menunggu laporan ujian Jabatan untuk membuat bayaran.
10.4.
Semua ketua Jabatan diingatkan supaya membuat pembayaran
kepada pembekal dalam tempoh yang ditetapkan.
Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan tindakan surcaj akan dikenakan
ke atas ketua jabatan berkenaan. Arahan
Perbendaharaan 103, Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil 13 tahun
2000 ada kaitan.
11. PENGGUNAAN
KONTRAK
11.1.
Semua Jabatan, dan
Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah
menggunakan kontrak ini sepenuhnya dan tidak dibenarkan membeli dari punca lain
tanpa kebenaran Perbendaharaan Malaysia
Sabah mengikut mana yang berkenaan kecuali atas sebab – sebab yang dinyatakan
di perenggan 5.4 dan 11.2.
11.2. Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan
gunasama pelbagai Jabatan. Sekiranya penentuan itu tidak sesuai dengan
keperluan Jabatan Pengguna, sila kemukakan penentuan yang diperlukan dengan menyatakan perbezaan itu. Perbendaharaan Malaysia Sabah seterusnya akan
menimbangkan pengecualian daripada menggunakan Kontrak Pusat dan perolehan
melalui tatacara lain.
12. HAL – HAL LAIN
12.1. Jika ada sebarang kemusykilan mengenai kontrak
ini, Jabatan Pengguna adalah dinasihatkan menghubungi Pegawai berikut :-
(i) Encik Yahya bin Hj. Sulaiman
Tel : 088 –
243993 sambungan 4051
(ii)
Puan Maziah bt. Zainal
Tel : 088 – 243993 sambungan
4082
12.2.
Sila
layari laman web kami di www.sabah.gov.my/pmsabah/ untuk keterangan lanjut.
Sekian. Terima
kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut
perintah,
( DAUD BIN TAHIR )
Pegawai Kewangan
Persekutuan,
Sabah.
s.k.
Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan
Negeri Sabah
Bahagian Stor &
Kontrak
Wisma Kewangan,
Bangunan Sekretariat
88595 KOTA KINABALU.
Bendahari Negeri
Sabah
Wisma Kewangan
Karung Berkunci 2058
Bangunan Urusetia
88592 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Audit Negara
Tingkat 6 & 7
Rumah Persekutuan
88518 KOTA KINABALU.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia
Cawangan Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma
Perindustrian
Jalan Istiadat,
Likas
88400 KOTA
KINABALU.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia
Kawasan Labuan
Tingkat 5,
Menara Ujana Kewangan
Peti Surat 80622
87016 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan Negara
Malaysia
Kawasan Tawau
Tingkat 2, Rumah
Persekutuan
Jalan Dunlop, Bandar
Sabindo
91009 TAWAU.
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia
Kawasan Sandakan
Tingkat 2, Rumah
Persekutuan
Jalan Labuk, Beg
Berkunci 41
90009 SANDAKAN.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia
Kawasan Keningau
Beg Berkunci No. 5
89009 KENINGAU.
SPKPMS-02-2005/disktpt/maz