Ruj.
Kami :
PMS/UKP/(S)/80/17 Jld.3/( 3 )
Tarikh :
08
Januari 2004
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan, Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan, Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan
Y.
Bhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan,
SURAT
PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN
MALAYSIA SABAH
PMS/UKP/
01 / 2004
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN
MESIN
PENDUA DAN MESIN KIRA JENIS POKET
KEPADA
SEMUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN DI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
BAGI
TEMPOH 1 JANUARI
2004 HINGGA 31 DISEMBER
2005
1.
PERIHAL
1.1 Adalah
dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah telah mengadakan satu
kontrak bagi Pembekalan
Dan Penghantaran Mesin Pendua Dan Mesin Kira
Jenis Poket Kepada
Semua Jabatan Dan Badan Berkanun Persekutuan
Di Sabah Dan Wilayah
Persekutuan Labuan bagi tempoh dua
puluh empat (24) bulan mulai 1
Januari 2004 hingga 31 Disember 2005.
2.
BUTIR
BUTIR KONTRAK
2.1 No. Kontrak : PMS/UKP/05/2003
Nama
Pembekal :
KINABALU
OFFICE MACHINES
&
FURNITURE SDN. BHD.
Lot
3, Towering Industrial Centre,
Batu
4, Jalan Penampang,
88300
KOTA KINABALU.
Nombor
Telefon/ : 088
- 712041 / 713042
Nombor
Faksimili :
088
- 716025
Nama
dan
:
Alliance
Bank (M) Berhad
Alamat
Bank : Sinsuran,
Kota Kinabalu.
Nombor Akaun
: 100660010020450
1.
TEMPOH
KONTRAK
3.1
Tempoh
kontrak ialah selama dua puluh empat (24) bulan berkuatkuasa mulai 1
Januari 2004 hingga 31 Disember 2005.
4. HARGA, PENENTUAN, GERENTI DAN
LAIN-LAIN KETERANGAN
4.1 Harga bagi kontrak ini adalah
harga bersih termasuk semua jenis cukai serta kos pembungkusan, pengiriman/penghantaran
dan pemasangan seperti di Lampiran A.
4.2
Lain-lain
penentuan dan syarat dibawah kontrak ini adalah seperti di Lampiran B.
5. TEMPOH PENYERAHAN
5.1 Tempoh
penyerahan ialah dalam masa Satu hingga Empat (1-4)
minggu
dari tarikh Pesanan Rasmi dikeluarkan.
5.2 Jabatan Pengguna adalah dibenarkan
untuk membuat perubahan tempoh penyerahan
kepada suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat syarat berikut:-
5.2.1 Perubahan ini dibuat dengan
persetujuan secara bertulis oleh Pegawai
Pengawal atau wakilnya dengan Kontraktor. Salinan persetujuan tersebut hendaklah
dikemukakan kepada Perbendaharaan
Malaysia Sabah.
5.2.2 Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap perubahan ini.
5.3 Barang-barang
yang diserahkan oleh Kontraktor pada masa dan tarikh yang ditetapkan di dalam borang
pesanan tidak boleh ditolak tanpa arahan secara bertulis daripada pegawai pegawai
yang membuat pesanan. Jika penolakan dibuat secara adhoc
tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada kontraktor, tindakan boleh diambil terhadap
pegawai yang berkenaan seperti menanggung tuntutan gantirugi oleh kontraktor berkenaan
jika ada.
5.4 Sekiranya Jabatan Pengguna telah
mematuhi perenggan 6.1, 6.2, dan 7.3 akan tetapi kontraktor gagal membuat bekalan dalam
tempoh penyerahan yang ditetapkan, Jabatan Pengguna dibenarkan membeli dari punca lain
bagi keperluan segera sahaja. Pembelian bagi
keperluan segera ini hendaklah dilaporkan dengan serta merta kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan menyertakan
salinan salinan Pesanan Tempatan dan invois/bil yang terlibat.
5.5 Sebarang pesanan yang tidak
dapat dibekalkan oleh kontraktor mengikut
tempoh penyerahan yang ditetapkan, Jabatan Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera
kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan
menyatakan bilangan kontrak, nama barang, nombor dan tarikh pesanan tempatan, kuantiti dan
nilai pesanan berkenaan. Satu salinan pesanan tempatan berkenaan hendaklah disertakan
juga.
6. ANGGARAN KEPERLUAN
6.1 Setelah menerima Pekeliling ini,
semua Jabatan Pengguna dikehendaki menghantar jadual anggaran dan jangkamasa keperluan
bagi tahun tahun berkenaan kepada kontraktor dalam tempoh dua
(2) minggu
untuk membolehkan kontraktor membuat perancangan pembekalan. Satu salinan jadual berkenaan
hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan
Malaysia Sabah.
6.2
Sekiranya
Jabatan pengguna tidak mematuhi arahan pada perenggan 6.1. 7.2 dan 7.3
kontraktor berkenaan tidaklah boleh dipersalahkan jika
kelewatan bekalan berlaku kelak.
7. PESANAN
7.1 Semua pesanan hendaklah dibuat
terus kepada kontraktor dengan mencatatkan nombor kontrak, jenis barang dan kuantiti
keperluan.
7.2 Kuantiti pesanan mestilah
mengikut perenggan 112
Tatacara Pengurusan
Stor
Panduan Perbendaharaan.
Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui satu pesanan sahaja tetapi
hendaklah dipecah pecahkan kepada beberapa pesanan.
Pesanan pesanan itu pula hendaklah dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa
yang munasabah untuk memudahkan kontraktor menguruskan bekalan mengikut pesanan
pesanan berkenaan.
7.3 Apabila membuat pesanan Jabatan
Pengguna dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta nama pegawai dan nombor telefon
masing masing supaya pembekalan dapat dijalankan dengan licin dan tepat pada tempat
yang dikehendaki.
8. PEMERIKSAAN SEMASA MENERIMA
BEKALAN
8.1
Jabatan
Pengguna mestilah memeriksa bekalan yang diterima untuk memastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang dibekalkan itu adalah
sama seperti yang dipesan, memastikan keasliannya dengan mendapatkan kad jaminan. Jika ada
sebarang keraguan mengenai kualiti Barangan atau jika didapati kerosakan/kekurangan/tidak
menepati penentuan di Lampiran A
dan Lampiran
B,
Jabatan Pengguna hendaklah meminta Kontraktor menggantikan jumlah yang rosak/kurang/tidak
menepati penentuan itu dengan yang baru tanpa apa-apa kos tambahan.
8.2
Jabatan
Pengguna hendaklah memberitahu Kontraktor secara bertulis sebarang penolakan penerimaan
bekalan dengan salinan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah. Kontraktor mestilah
menggantikan Barangan berkenaan (yang rosak/kurang/tidak menepati penentuan) dengan yang
baru dalam tempoh empat
belas (14) hari
dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan tanpa sebarang tambahan kos.
9. TEMPOH AKHIR PENGADUAN
9.1 Jabatan Pengguna hendaklah
mengemukakan aduan mengenai pembekalan yang tidak menepati penentuan dengan serta merta
jika ada dan hendaklah tidak lewat daripada tiga (3) bulan
selepas tarikh tamat kontrak. Perbendaharaan
Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berbangkit akibat
daripada kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
9.2 Sekiranya aduan tidak dapat
dikemukakan dalam tempoh tersebut oleh sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan,
Jabatan Pengguna hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah secara rasmi
mengenai kedudukan perkara tersebut serta jangkamasa yang
masih diperlukan untuk mengemukakan aduan berkenaan.
10. PEMBAYARAN BIL
10.1 Pembayaran bil bil yang dikemukakan
oleh kontraktor hendaklah dibuat mengikut
tatacara yang ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia melalui surat Pekeliling Akauntan
Negara Malaysia No. 1/83 bertarikh 23 Mac 1983.
10.2 Bagi pesanan yang telah disempurnakan oleh
kontraktor dengan memuaskan, bil mengenainya hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga
puluh (30)
hari dari tarikh bil itu diterima.
10.3
Walau
apapun peraturan penerimaan barang barang yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan,
pengesahan penerimaan barang barang mestilah dibuat dengan segera pada hari bekalan
disempurnakan untuk membolehkan kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa
segera. Jabatan tidak perlu menunggu laporan ujian Jabatan untuk membuat bayaran.
10.4
Semua
ketua Jabatan diingatkan supaya membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh yang
ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian
mengakibatkan tindakan surcaj akan dikenakan ke atas ketua jabatan berkenaan. Arahan Perbendaharaan 103, Surat Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil 13 tahun 2000 ada kaitan.
11. PENGGUNAAN KONTRAK
11.1 Semua Jabatan,
dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah
menggunakan kontrak ini sepenuhnya dan tidak dibenarkan membeli dari punca lain tanpa
kebenaran Perbendaharaan Malaysia Sabah
mengikut mana yang berkenaan kecuali
atas sebabsebab yang
dinyatakan di perenggan 5.4 dan 11.2.
11.2
Penentuan
dalam kontrak ini adalah penentuan gunasama pelbagai Jabatan. Sekiranya penentuan itu
tidak sesuai dengan keperluan Jabatan Pengguna, sila kemukakan penentuan yang diperlukan dengan menyatakan perbezaan itu. Perbendaharaan Malaysia Sabah seterusnya akan
menimbangkan pengecualian daripada menggunakan Kontrak Pusat dan perolehan melalui
tatacara lain.
12. HAL HAL LAIN
12.1 Jika ada sebarang kemusykilan mengenai
kontrak ini, Jabatan Pengguna adalah dinasihatkan menghubungi Pegawai berikut :-
(i)
Encik Yahya bin Haji Sulaiman
Tel : 088 243993 sambungan 4092
Email : yahya@treasury.gov.my
(ii) Encik Hassim bin Abd. Rahman
Tel : 088 243993 sambungan 4171
12.2 Sila layari laman web kami di www.sabah.gov.my/pmsabah/
untuk keterangan lanjut.
Sekian.
Terima kasih.
Saya
yang menurut perintah,
( DAUD BIN TAHIR )
Pegawai
Kewangan Persekutuan,
Sabah.
Salinan
kepada:-
Setiausaha
Tetap
Kementerian
Kewangan Negeri Sabah
Bahagian
Stor & Kontrak
Wisma
Kewangan, Bangunan Sekretariat
88595
KOTA KINABALU.
Bendahari
Negeri Sabah
Wisma
Kewangan
Karung
Berkunci 2058
Bangunan
Urusetia
88592
KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan
Audit Negara
Tingkat
6 & 7 Rumah Persekutuan
88578
KOTA KINABALU.
Pengarah
Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan
Kota Kinabalu
Tingkat
6 & 7, Wisma Perindustrian
Jalan
Istiadat, Beg Berkunci 2053
88594
KOTA KINABALU.
Pengarah
Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan
Wilayah Persekutuan Labuan
Tingkat
5, Menara Ujana Kewangan
Peti
Surat 80622
87016 WILAYAH PERSEKUTUAN
Pengarah
Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Tawau
Tingkat
4, Rumah Persekutuan
Jalan
Dunlop, Bandar Sabindo
91009
TAWAU.
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Sandakan
Tingkat
2, Rumah Persekutuan
Jalan
Labuk, Beg Berkunci 41
90009
SANDAKAN.
Pengarah
Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Cawangan Keningau
89009
KENINGAU.