Ruj. Kami :       PMS/UKP/(S)536/1 JLD.3 (  17  ) 

 

Tarikh      :       27   Julai  2006

 

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Semua Ketua Esekutif Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

 

 

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

 

 

 

SURAT PEKELILING KONTRAK

PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

PMS/UKP/ 03 / 2006

 

 

MEMUNGUT DAN MEMBELI TAYAR TERPAKAI ( BARANG LUSUH) DARI JABATAN DAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

BAGI TEMPOH 01 OGOS 2006 HINGGA 31 JULAI 2008

 

     

     

1.                PERIHAL

 

1.1.         Perbendaharaan Malaysia Sabah telah mengadakan kontrak bagi Perkhidmatan Memungut Dan Membeli Tayar Terpakai (Barang Lusuh) untuk semua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan  Di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh Dua Puluh Empat (24) bulan mulai  01 Ogos 2006 hingga 31 Julai 2008.

 

 

2.                BUTIR – BUTIR KONTRAK

 

2.1.    No. Kontrak         :       PMS/UKP/03/ 2006   

 

Nama Syarikat       :      HAIP LOONG SDN.BHD.  

Lot 4, Taman Mesra,

Phase 1, Mile 2Ύ, Penampang Road,

Peti Surat 10731,

88808 KOTA KINABALU.                           

Nombor Telefon/ :       088-210150,259072,088-221784

Nombor Faksimili :      088-217082

 

Nama dan         :       OCBC BANK (M) BERHAD

                Alamat Bank       :      No. 21 &  23, Jalan Pantai
                                                     88000 KOTA KINABALU.               

 

Nombor  Akaun   :       765-103889-5    

                     

                                                          

3.                TEMPOH KONTRAK 

 

3.1.         Tempoh kontrak ialah selama dua puluh empat (24) bulan berkuatkuasa mulai 01 Ogos 2006 hingga 31 Julai 2008.

 

 

4.     HARGA /JENAMA/UKURAN       

 

4.1            Harga bagi kontrak ini adalah harga bersih termasuk semua jenis cukai seperti di Lampiran A.                        

            

       

5.     CARA PUNGUTAN

 

5.1.    Kontraktor adalah dikehendaki :-

          

           5.1.1.   Menyediakan lori/kenderaan sendiri untuk mengangkut tayar terpakai daripada pusat pungutan.

 

          5.1.2.  Berhubung sendiri dengan Jabatan untuk membuat peraturan pungutan tayar terpakai.

 

5.1.3.  Mengemukakan  penyata urusniaga kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah setiap tiga (3) bulan sekali mengenai urusniaga yang telah dibuat dengan penjual/Jabatan.

 

 

6.     PESANAN MEMUNGUT

 

6.1.    Semua pesanan untuk memungut hendaklah dibuat terus kepada kontraktor dengan mencatat no. Kontrak ini dengan menyebut saiz dan kuantiti tayar yang hendak dijual.  Tindakan terakhir oleh Jabatan mesti dibuat tidak lewat daripada dua (2) minggu sebelum tarikh tamat kontrak.

 

 

7.     CARA PEMBAYARAN

 

7.1.    Pembayaran hendaklah dibuat terus oleh kontraktor kepada jabatan/agensi dengan mencatat nombor kontrak ini, saiz dan kuantiti tayar yang hendak dijual.

 

 

8.     PENGGUNAAN KONTRAK

 

 

8.1.         Semua Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah menggunakan kontrak ini sahaja dan tidak dibenarkan menjual kepada pihak lain  tanpa kebenaran Perbendaharaan Malaysia Sabah.

 

 

9.     TANGGUNGJAWAB JABATAN

       

 

9.1.    Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan hendaklah :-

 

9.1.1.   Membenarkan kontraktor memasuki stor-stor kawasan menyimpan bagi melihat sendiri tayar terpakai sebelum pungutan dibuat.

 

          9.1.2.   Membenarkan kontraktor dan juga kenderaan pengangkutan sama ada hampir penuh atau kosong pergi ke tempat dimana tayar-tayar terpakai disimpan.

 

 

 

10.   TEMPOH AKHIR ADUAN

 

10.1. Jabatan Pengguna hendaklah mengemukakan aduan serta merta jika ada, tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak. Perbendaharaan Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang masalah yang berbangkit akibat daripada kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.

 

10.2.  Sekiranya aduan tidak dapat dikemukakan dalam tempoh tersebut oleh sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, Jabatan berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah secara rasmi mengenai kedudukan perkara tersebut serta jangkamasa yang masih diperlukan untuk mengemukakan aduan berkenaan.

 

11.   HAL- HAL LAIN

 

11.1.    Pelupusan penjualan adalah tertakluk kepada peraturan semasa sepertimana yang terdapat dalam Tatacara Pengurusan Stor iaitu setelah Lembaga Pemeriksa/Ketua Jabatan mengesyorkan supaya tayar-tayar terpakai ini dijual.

 

11.2.  Jika ada sebarang kemusykilan mengenai kontrak ini, Jabatan Pengguna adalah dinasihatkan menghubungi Pegawai berikut

 

(i)      Cik Rohaya binti Hj. Mohd. Amin

  Tel : 088 – 243993  sambungan  4045

 

(ii)                 Pn. Maziah bt. Zainal

        Tel : 088 – 243993  sambungan  4082

 

11.3. Sila layari laman web kami di www.sabah.gov.my/pmsabah/     untuk keterangan lanjut.

 

Sekian. Terima kasih.

 

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

 

(  MOHD RANI BIN SAUD  )

Pegawai Kewangan Persekutuan, Sabah

 

 

 

 

s.k.

 

Setiausaha Tetap                                             

Kementerian Kewangan Negeri Sabah        

Bahagian Stor & Kontrak                         

Wisma Kewangan, Bangunan Sekretariat             

88595 KOTA KINABALU.                     

       

 

Bendahari Negeri Sabah                           

Wisma Kewangan                                    

Karung Berkunci 2058                                   

Bangunan Urusetia                                  

88592 KOTA KINABALU.                     

 

 

Pengarah

Jabatan Audit Negara Cawangan Sabah

Tingkat 6 & 7 Rumah Persekutuan

88518 KOTA KINABALU.

 

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Kota Kinabalu

Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian

Beg Berkunci 2053

88594  KOTA KINABALU.

 

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan

Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan

Peti Surat 80622

87016  WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

 

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara

Pejabat Kawasan Tawau

Tingkat 2, Wisma Persekutuan

Jalan Dunlop, Bandar Sabindo

91009 TAWAU.

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara

Pejabat Kawasan Sandakan

Tingkat 2, Wisma Persekutuan

Jalan Labuk, Beg Berkunci 41

90009 SANDAKAN.

 

 

Pengarah Cawangan

Jabatan Akauntan Negara

Pejabat Kawasan Keningau

Beg Berkunci No. 5

89009 KENINGAU.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SPKP03/2006