Ruj.
Kami : PMS/UKP/(S)/80/46
Jld.3/ ( 51
)
Tarikh : 20
Mac 2002
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan, Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan, Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Y.
Bhg. Datuk/Tuan/Puan,
SURAT
PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN
MALAYSIA SABAH
PMS/UKP/
02 / 2002
MEMBEKAL &
MENJAHIT, MENJAHIT DAN MEMBEKAL KAIN
PAKAIAN
SERAGAM KEPADA SEMUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN DI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
BAGI TEMPOH
01 APRIL 2002 HINGGA 31 MAC 2004
1.
PERIHAL
1.1. Adalah dimaklumkan bahawa Perbendaharaan
Malaysia Sabah telah mengadakan satu kontrak bagi
Membekal & Menjahit, Menjahit Dan Membekal Kain Pakaian Seragam Kepada Semua Jabatan
Dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah Dan
Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh dua
puluh empat (24) bulan mulai 01 April 2002 hingga 31 Mac 2004.
2.
BUTIR
BUTIR KONTRAK
2.1. No. Kontrak
: PMS/UKP/02(a)/2002
Nama
Pembekal :
SYARIKAT MIT TRADING
& TAILORING
BLOK
G, LOT 57
TINGKAT SATU ASIA CITY
88555 KOTA KINABALU.
Nombor
Telefon/ : 088-224413
Nombor
Faksimili :
088-239895
Nama
dan
:
BANK MUAMALAT MALAYSIA BH
Alamat
Bank : SHOP LOT 69-72, BLOK
H
88000 KOTA KINABALU
Nombor Akaun : 714100083837
2.2. No. Kontrak
: PMS/UKP/02(b)/2002
Nama
Pembekal : AFIE ENTERPRISE
2nd FLOOR, LOT 62
JALAN
BANDARAN BERJAYA TIGA
BANDARAN
BERJAYA
88000
KOTA KINABALU
Nombor
Telefon/ : 088-240994/236653/252724
Nombor
Faksimili :
088-238360
Nama
dan
:
MALAYAN BANKING
KOTA KINABALU
Nombor Akaun : 0107203385
3.
TEMPOH
KONTRAK
3.1. Tempoh kontrak
ialah selama dua puluh empat (24) bulan berkuatkuasa
mulai 01
April 2002 hingga 31 Mac 2004.
4. HARGA, PENENTUAN, GERENTI DAN LAIN-LAIN
KETERANGAN
4.1. Harga
bagi kontrak ini adalah harga bersih termasuk semua jenis cukai serta kos pembungkusan dan
pengiriman/penghantaran seperti di Lampiran A, A1 dan A2.
4.2. Lain-lain
penentuan dan syarat dibawah kontrak ini adalah seperti di Lampiran B.
5. TEMPOH PENYERAHAN
5.1. Tempoh penyerahan ialah dalam masa Empat hingga Lapan (4-8) minggu dari tarikh Pesanan Rasmi dikeluarkan.
5.2. Jabatan Pengguna adalah dibenarkan untuk membuat perubahan
tempoh penyerahan kepada suatu tempoh
yang lain tertakluk kepada syarat syarat berikut:-
5.2.1. Perubahan
ini dibuat dengan persetujuan secara bertulis oleh Pegawai Pengawal atau wakilnya dengan
Kontraktor. Salinan persetujuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
5.2.2. Jabatan berkenaan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perubahan ini.
5.3. Barang barang yang diserahkan oleh Kontraktor pada
masa dan tarikh yang ditetapkan di dalam borang pesanan tidak boleh ditolak tanpa arahan
secara bertulis daripada pegawai pegawai yang membuat pesanan. Jika penolakan
dibuat secara adhoc tanpa memberitahu terlebih dahulu
kepada kontraktor, tindakan boleh diambil terhadap pegawai yang berkenaan seperti
menanggung tuntutan gantirugi oleh kontraktor berkenaan jika ada.
5.4. Sekiranya Jabatan Pengguna telah mematuhi perenggan 6.1,
6.2, dan 7.3 akan tetapi kontraktor gagal membuat bekalan dalam tempoh penyerahan yang
ditetapkan, Jabatan Pengguna dibenarkan membeli dari punca lain bagi keperluan segera
sahaja. Pembelian bagi keperluan segera ini
hendaklah dilaporkan dengan serta merta kepada Perbendaharaan
Malaysia Sabah dengan menyertakan salinan salinan Pesanan Tempatan dan invois/bil
yang terlibat.
5.5. Sebarang pesanan yang tidak dapat dibekalkan oleh
kontraktor mengikut tempoh penyerahan yang
ditetapkan, Jabatan Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan menyatakan
bilangan kontrak, nama barang, nombor dan tarikh pesanan tempatan, kuantiti dan nilai
pesanan berkenaan. Satu salinan pesanan tempatan berkenaan hendaklah disertakan juga.
6. ANGGARAN KEPERLUAN
6.1. Setelah menerima Pekeliling ini, semua Jabatan Pengguna
dikehendaki menghantar jadual anggaran dan jangkamasa keperluan bagi tahun tahun
berkenaan kepada kontraktor dalam tempoh dua (2) minggu untuk membolehkan kontraktor
membuat perancangan pembekalan. Satu salinan jadual berkenaan hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
6.2. Sekiranya Jabatan pengguna tidak mematuhi arahan pada
perenggan 6.1. 7.2 dan 7.3 kontraktor berkenaan tidaklah boleh dipersalahkan jika kelewatan bekalan berlaku kelak.
7. PESANAN
7.1. Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor
dengan mencatatkan nombor kontrak, jenis barang dan kuantiti keperluan.
7.2. Kuantiti pesanan mestilah mengikut perenggan 112 Tatacara Pengurusan Stor Panduan
Perbendaharaan. Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui satu pesanan
sahaja tetapi hendaklah dipecah pecahkan kepada beberapa pesanan. Pesanan pesanan itu pula hendaklah
dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa yang munasabah untuk memudahkan kontraktor
menguruskan bekalan mengikut pesanan pesanan berkenaan.
7.3. Apabila membuat pesanan Jabatan Pengguna dikehendaki
memberi alamat yang lengkap serta nama pegawai dan nombor telefon masing masing
supaya pembekalan dapat dijalankan dengan licin dan tepat pada tempat yang dikehendaki.
8. PEMERIKSAAN SEMASA MENERIMA BEKALAN
8.1. Jabatan
Pengguna mestilah memeriksa bekalan yang diterima untuk memastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang dibekalkan itu adalah
sama seperti yang dipesan, memastikan keasliannya dengan mendapatkan kad jaminan. Jika ada
sebarang keraguan mengenai kualiti Barangan atau jika didapati kerosakan/kekurangan/tidak
menepati penentuan di Lampiran B, Jabatan Pengguna hendaklah meminta Kontraktor
menggantikan jumlah yang rosak/kurang/tidak menepati penentuan itu dengan yang baru tanpa
apa-apa kos tambahan.
8.2. Jabatan
Pengguna hendaklah memberitahu Kontraktor secara bertulis sebarang penolakan penerimaan
bekalan dengan salinan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah. Kontraktor mestilah
menggantikan Barangan berkenaan (yang rosak/kurang/tidak menepati penentuan) dengan yang
baru dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan tanpa
sebarang tambahan kos.
9. TEMPOH AKHIR
PENGADUAN
9.1. Jabatan Pengguna hendaklah mengemukakan aduan mengenai
pembekalan yang tidak menepati penentuan dengan serta merta jika ada dan hendaklah tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak. Perbendaharaan Malaysia Sabah tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berbangkit akibat daripada kegagalan
Jabatan mematuhi arahan ini.
9.2. Sekiranya aduan tidak dapat dikemukakan dalam tempoh
tersebut oleh sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, Jabatan Pengguna
hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah secara rasmi mengenai kedudukan
perkara tersebut serta jangkamasa yang masih
diperlukan untuk mengemukakan aduan berkenaan.
10. PEMBAYARAN
BIL
10.1. Pembayaran bil bil yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia melalui surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia No. 1/83 bertarikh 23 Mac 1983.
10.2. Bagi pesanan yang telah disempurnakan oleh kontraktor dengan memuaskan, bil mengenainya hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh bil itu diterima.
10.3. Walau apapun peraturan penerimaan barang barang yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan penerimaan barang barang mestilah dibuat dengan segera pada hari bekalan disempurnakan untuk m