Ruj. Kami : PMS/UKP/(S)80/64
JLD.7( 16 )
Tarikh : 06
Februari 2006
Semua Ketua Jabatan
Persekutuan, Sabah
Dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Semua Ketua
Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan, Sabah
Dan Wilayah Persekutuan
Y. Bhg. Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
PMS/UKP/ 01 / 2006
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN PERABOT JENIS POLYPROPYLENE
DAN PLASTIK
KEPADA SEMUA JABATAN DAN BADAN
BERKANUN PERSEKUTUAN
DI
BAGI TEMPOH 1
FEBRUARI 2006 HINGGA 31 JANUARI 2008
1.
PERIHAL
1.1. Adalah dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah telah mengadakan satu kontrak bagi
Pembekalan Dan Penghantaran
Perabot Jenis Polypropylene
dan Plastik kepada Semua Jabatan
dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan bagi tempoh Dua Puluh Empat (24) bulan mulai
1 Februari 2006 hingga 31 Januari 2008.
2.
BUTIR – BUTIR KONTRAK
2.1. No. Kontrak : PMS/UKP/01(a)
2006
Nama Pembekal : Syarikat Perniagaan Perabot Nuri
Sdn. Bhd.
Km. 17, Jalan
Tuaran
Kg. Tebobon, Menggatal
84590 KOTA KINABALU
Nombor Telefon/ : 088-495190/ 492267
Nombor Faksimili : 088-495187
Nama dan : Bank Islam Malaysia Berhad
Wisma
MUIS, 88850 Kota Kinabalu
Nombor Akaun : 10016010009421
2.2. No. Kontrak : PMS/UKP/01(b)
2006
Nama Pembekal : Kinabalu
Office Machines & Furniture
Sdn.
Bhd.
Mile 4, Jalan Penampang
88300
KOTA KINABALU
Nombor Telefon/ : 088-712042/ 713042
Nombor Faksimili : 088- 716025
Nama dan : Maybank
Nombor Akaun : 510143044178
2.3. No. Kontrak : PMS/UKP/01(c) 2006
Nama Pembekal : Wan
Trading & Construction
Blok
G, Lot7, Tingkat
3
Sinsuran Kompleks
88000
KOTA KINABALU
Nombor Telefon/ : 088-233554/ 224409/ 232554
Nombor Faksimili : 088-236425
Nama dan : Maybank
Nombor Akaun : 510013-103652
3.
TEMPOH KONTRAK
3.1.
Tempoh kontrak ialah selama Dua Puluh Empat (24) bulan berkuatkuasa mulai 1 Februari 2006 hingga 31
Januari 2008.
4. HARGA, PENENTUAN, GERENTI DAN
LAIN-LAIN KETERANGAN
4.1
Harga
bagi kontrak ini adalah harga bersih termasuk semua jenis cukai serta kos
pembungkusan dan pengiriman/penghantaran
seperti di Lampiran A.
4.2
Lain-lain
penentuan dan syarat dibawah kontrak ini adalah seperti di Lampiran B.
5. TEMPOH PENYERAHAN
5.1. Tempoh penyerahan ialah 1-3 minggu
dari tarikh Pesanan Rasmi dikeluarkan.
5.2. Jabatan Pengguna adalah dibenarkan untuk
membuat perubahan tempoh penyerahan
kepada suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat – syarat berikut:-
5.2.1 Perubahan dibuat dengan persetujuan secara
bertulis oleh Pegawai Pengawal atau
wakilnya dengan Kontraktor. Salinan persetujuan tersebut hendaklah dikemukakan
kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
5.2.2. Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap perubahan yang dipersetujui
5.3. Barang – barang yang diserahkan oleh Kontraktor pada masa dan
tarikh yang ditetapkan di dalam borang pesanan tidak boleh ditolak tanpa arahan
secara bertulis daripada pegawai – pegawai yang membuat pesanan. Jika penolakan
dibuat secara adhoc tanpa memberitahu
terlebih dahulu kepada kontraktor, tindakan boleh diambil terhadap pegawai yang
berkenaan seperti menanggung tuntutan gantirugi oleh kontraktor berkenaan jika
ada.
5.4. Sekiranya Jabatan Pengguna telah mematuhi
perenggan 6.1, 6.2, dan 7.3 akan tetapi kontraktor gagal membuat bekalan dalam
tempoh penyerahan yang ditetapkan, Jabatan Pengguna dibenarkan membeli dari
punca lain bagi keperluan segera sahaja.
Pembelian bagi keperluan segera ini hendaklah dilaporkan dengan serta
merta kepada Perbendaharaan Malaysia
Sabah dengan menyertakan salinan – salinan Pesanan Tempatan dan invois/bil yang
terlibat.
5.5. Sebarang pesanan yang tidak dapat dibekalkan
oleh kontraktor mengikut tempoh
penyerahan yang ditetapkan, Jabatan Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera
kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah
dengan menyatakan bilangan kontrak, nama barang, nombor dan tarikh pesanan
tempatan, kuantiti dan nilai pesanan berkenaan. Satu salinan pesanan tempatan
berkenaan hendaklah disertakan juga.
6. ANGGARAN KEPERLUAN
6.1. Setelah menerima Pekeliling ini, semua
Jabatan Pengguna dikehendaki menghantar jadual anggaran dan jangkamasa
keperluan bagi tahun – tahun berkenaan kepada kontraktor dalam tempoh dua (2) minggu
untuk membolehkan kontraktor membuat perancangan pembekalan. Satu salinan
jadual berkenaan hendaklah dikemukakan kepada
Perbendaharaan Malaysia Sabah.
6.2.
Sekiranya
Jabatan pengguna tidak mematuhi arahan pada perenggan 7.1, 7.2 dan 7.3
kontraktor berkenaan tidaklah boleh dipersalahkan jika kelewatan bekalan berlaku kelak.
7. PESANAN
7.1. Semua pesanan hendaklah dibuat terus kepada
kontraktor dengan mencatatkan nombor kontrak, jenis barang dan kuantiti
keperluan.
7.2. Kuantiti pesanan mestilah mengikut perenggan
112 Tatacara Pengurusan Stor – Panduan Perbendaharaan. Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui
satu pesanan sahaja tetapi hendaklah dipecah – pecahkan kepada beberapa pesanan. Pesanan – pesanan itu pula hendaklah
dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa yang munasabah untuk memudahkan
kontraktor menguruskan bekalan mengikut pesanan – pesanan berkenaan.
7.3. Apabila membuat pesanan, Jabatan Pengguna dikehendaki
memberi alamat yang lengkap serta nama pegawai dan nombor telefon masing –
masing supaya pembekalan dapat dijalankan dengan licin dan tepat pada tempat
yang dikehendaki.
8. PEMERIKSAAN
SEMASA MENERIMA BEKALAN
8.1.
Jabatan
Pengguna mestilah memeriksa bekalan yang diterima untuk memastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang dibekalkan itu
adalah sama seperti yang dipesan, memastikan keasliannya dengan mendapatkan kad
jaminan. Jika ada sebarang keraguan mengenai kualiti Barangan atau jika
didapati kerosakan/kekurangan/tidak menepati penentuan di Lampiran ’A’
dan ’B’, Jabatan Pengguna hendaklah meminta Kontraktor
menggantikan jumlah yang rosak/kurang/tidak menepati penentuan itu dengan yang
baru tanpa apa-apa kos tambahan.
8.2.
Jabatan
Pengguna hendaklah memberitahu Kontraktor secara bertulis sebarang penolakan
penerimaan bekalan dengan salinan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Kontraktor mestilah menggantikan Barangan berkenaan (yang rosak/kurang/tidak
menepati penentuan) dengan yang baru dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan tanpa sebarang
tambahan kos.
9. TEMPOH AKHIR
PENGADUAN
9.1. Jabatan Pengguna hendaklah mengemukakan aduan mengenai pembekalan
yang tidak menepati penentuan dengan serta merta jika ada dan hendaklah tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak. Perbendaharaan Malaysia Sabah tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berbangkit akibat daripada
kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
9.2. Sekiranya aduan tidak dapat dikemukakan
dalam tempoh tersebut oleh sebab – sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan,
Jabatan Pengguna hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah
secara rasmi mengenai kedudukan perkara tersebut serta jangkamasa yang masih diperlukan untuk mengemukakan
aduan berkenaan.
10. PEMBAYARAN BIL
10.1. Pembayaran
bil – bil yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara
yang ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia melalui surat Pekeliling Akauntan
Negara Malaysia No. 1/83 bertarikh 23 Mac 1983.
10.2.
Bagi pesanan yang telah disempurnakan oleh kontraktor
dengan memuaskan, bil mengenainya hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh
bil itu diterima.
10.3.
Walau apapun peraturan penerimaan barang – barang yang
diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan penerimaan barang – barang mestilah
dibuat dengan segera pada hari bekalan disempurnakan untuk membolehkan
kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa segera. Jabatan tidak
perlu menunggu laporan ujian Jabatan untuk membuat bayaran.
10.4.
Semua ketua Jabatan diingatkan supaya membuat pembayaran
kepada pembekal dalam tempoh yang ditetapkan.
Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan tindakan surcaj akan dikenakan
ke atas ketua jabatan berkenaan. Arahan
Perbendaharaan 103 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil 13
Tahun 2000 ada kaitan.
11. PENGGUNAAN
KONTRAK
11.1.
Semua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah menggunakan kontrak ini sepenuhnya dan
tidak dibenarkan membeli dari punca lain tanpa kebenaran Perbendaharaan Malaysia Sabah mengikut mana
yang berkenaan kecuali atas sebab – sebab yang dinyatakan di perenggan 5.4 dan
11.2.
11.2. Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan
gunasama pelbagai Jabatan. Sekiranya penentuan itu tidak sesuai dengan
keperluan Jabatan Pengguna, sila kemukakan penentuan yang diperlukan dengan menyatakan perbezaan itu. Perbendaharaan Malaysia Sabah seterusnya akan
menimbangkan pengecualian daripada menggunakan Kontrak Pusat dan perolehan
melalui tatacara lain.
12. HAL – HAL LAIN
12.1. Jika ada sebarang kemusykilan mengenai kontrak
ini, Jabatan Pengguna adalah dinasihatkan menghubungi Pegawai berikut :-
(i) En. Hazlan bin Abd. Aziz
Tel : 088 –
243993 sambungan 4092
(ii)
Pn. Maziah bt. Zainal
Tel : 088 – 243993 sambungan
4082
12.2.
Sila
layari laman web kami di www.sabah.gov.my/pmsabah/ untuk keterangan lanjut.
Sekian. Terima
kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut
perintah,
t.t
( MOHD RANI BIN SAUD )
Pegawai Kewangan
Persekutuan, Sabah
s.k.
Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan
Negeri Sabah
Bahagian Stor &
Kontrak
Wisma Kewangan,
Bangunan Sekretariat
88595 KOTA KINABALU.
Bendahari Negeri
Sabah
Wisma Kewangan
Karung Berkunci 2058
Bangunan Urusetia
88592 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Audit Negara
Cawangan Sabah
Tingkat 6 & 7 Rumah
Persekutuan
88518 KOTA KINABALU.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara Kota Kinabalu
Tingkat 6 & 7,
Wisma Perindustrian
Beg Berkunci 2053
88594 KOTA
KINABALU.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia
Cawangan Wilayah
Persekutuan Labuan
Tingkat 5, Blok 4,
Ujana Kewangan
Peti Surat 80622
87016 WILAYAH PERSEKUTUAN
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara
Pejabat Kawasan
Tawau
Tingkat 2, Wisma
Persekutuan
Jalan Dunlop, Bandar
Sabindo
91009 TAWAU.
Jabatan Akauntan
Negara
Pejabat Kawasan
Sandakan
Tingkat 2, Wisma
Persekutuan
Jalan Labuk, Beg
Berkunci 41
90009 SANDAKAN.
Pengarah Cawangan
Jabatan Akauntan
Negara
Pejabat Kawasan
Keningau
Beg Berkunci No. 5
89009 KENINGAU.
SPKP01/2006