Ruj.
Kami : PMS/UKP/(S)/80/39/Jld.
2 ( 37 )
Tarikh :
11 Disember 2000
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan, Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Semua
Ketua Badan Berkanun Persekutuan, Sabah
Dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Y.
Bhg. Datuk/Tuan/Puan,
SURAT
PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN
MALAYSIA SABAH
PMS/UKP/
05 / 2000
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN
KERTAS
FOTOSTAT DAN KERTAS PENDUA
KEPADA SEMUA JABATAN
DAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
DI SABAH
DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
BAGI TEMPOH 15 DISEMBER 2000 HINGGA 14
DISEMBER 2004
1.
PERIHAL
1.1.
Adalah dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia Sabah telah mengadakan satu
kontrak bagi Pembekalan Dan Penghantaran Kertas Fotostat Dan Kertas Pendua
Kepada Semua Jabatan Dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah Dan Wilayah Persekutuan
Labuan bagi tempoh empat puluh lapan (48) bulan
mulai 15 Disember 2000 hingga 14 Disember 2004.
2.
BUTIR
BUTIR KONTRAK
2.1. No. Kontrak
: PMS/UKP/05/2000
2.2. Nama Pembekal
: KANDAR
HOLDINGS SDN. BHD.
LOT
6, LIGHT INDUSTRIES SHOPHOUSE CENTRE
MILE
4, JALAN PENAMPANG
88300 KOTA KINABALU
2.4 Nombor Telefon/
: 088-727829
Nombor
Faksimili
:
088-728831
2.5. Nama dan
: BANK
MUAMALAT (M) BHD.
Alamat
Bank
: KOTA
KINABALU
2.6.
Nombor Akaun
: 714100060982
3.
TEMPOH
KONTRAK
3.1.
Tempoh kontrak ialah
selama empat puluh lapan (48) bulan berkuatkuasa
mulai 15
Disember 2000 hingga 14 Disember 2004.
4. HARGA, PENENTUAN,
GERENTI DAN LAIN-LAIN KETERANGAN
4.1.
Harga
bagi kontrak ini adalah harga bersih termasuk semua jenis cukai serta kos pembungkusan dan
pengiriman/penghantaran seperti di Lampiran A .
4.2.
Lain-lain
penentuan dan syarat dibawah kontrak ini adalah seperti di Lampiran B.
5. TEMPOH PENYERAHAN
5.1. Tempoh penyerahan ialah dalam masa Satu
hingga dua (1-2) minggu dari
tarikh Pesanan Rasmi dikeluarkan.
5.2. Jabatan Pengguna adalah dibenarkan untuk
membuat perubahan tempoh penyerahan
kepada suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat syarat berikut:-
5.2.1. Perubahan
ini dibuat dengan persetujuan secara bertulis oleh Pegawai Pengawal atau wakilnya dengan
Kontraktor. Salinan persetujuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
5.2.2. Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap perubahan ini.
5.3. Barang barang yang diserahkan
oleh Kontraktor pada masa dan tarikh yang ditetapkan di dalam borang pesanan tidak boleh
ditolak tanpa arahan secara bertulis daripada pegawai pegawai yang membuat pesanan.
Jika penolakan dibuat secara adhoc tanpa memberitahu terlebih dahulu
kepada kontraktor, tindakan boleh diambil terhadap pegawai yang berkenaan seperti
menanggung tuntutan gantirugi oleh kontraktor berkenaan jika ada.
5.4. Sekiranya Jabatan Pengguna telah
mematuhi perenggan 6.1, 6.2, dan 7.3 akan tetapi kontraktor gagal membuat bekalan dalam
tempoh penyerahan yang ditetapkan, Jabatan Pengguna dibenarkan membeli dari punca lain
bagi keperluan segera sahaja. Pembelian bagi
keperluan segera ini hendaklah dilaporkan dengan serta merta kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan menyertakan
salinan salinan Pesanan Tempatan dan invois/bil yang terlibat.
5.5. Sebarang pesanan yang tidak dapat
dibekalkan oleh kontraktor mengikut tempoh
penyerahan yang ditetapkan, Jabatan Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan menyatakan
bilangan kontrak, nama barang, nombor dan tarikh pesanan tempatan, kuantiti dan nilai
pesanan berkenaan. Satu salinan pesanan tempatan berkenaan hendaklah disertakan juga.
6. ANGGARAN KEPERLUAN
6.1. Setelah menerima Pekeliling ini, semua
Jabatan Pengguna dikehendaki menghantar jadual anggaran dan jangkamasa keperluan bagi
tahun tahun berkenaan kepada kontraktor dalam tempoh dua (2) minggu untuk
membolehkan kontraktor membuat perancangan pembekalan. Satu salinan jadual berkenaan
hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan
Malaysia Sabah.
6.2. Sekiranya Jabatan pengguna tidak
mematuhi arahan pada perenggan 6.1. 7.2 dan 7.3 kontraktor berkenaan tidaklah boleh
dipersalahkan jika kelewatan bekalan berlaku
kelak.
7. PESANAN
7.1. Semua pesanan hendaklah dibuat terus
kepada kontraktor dengan mencatatkan nombor kontrak, jenis barang dan kuantiti keperluan.
Pesanan akhir Jabatan Pengguna mestilah dibuat tidak lewat dari dua (2) minggu sebelum
tarikh tamat kontrak.
7.2. Kuantiti pesanan mestilah mengikut
perenggan 112 Tatacara Pengurusan Stor
Panduan Perbendaharaan. Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui satu
pesanan sahaja tetapi hendaklah dipecah pecahkan kepada beberapa pesanan. Pesanan pesanan itu pula hendaklah
dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa yang munasabah untuk memudahkan kontraktor
menguruskan bekalan mengikut pesanan pesanan berkenaan.
7.3. Apabila membuat pesanan. Jabatan
Pengguna dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta nama pegawai dan nombor telefon
masing masing supaya pembekalan dapat dijalankan dengan licin dan tepat pada tempat
yang dikehendaki.
8. PEMERIKSAAN SEMASA
MENERIMA BEKALAN
8.1.
Jabatan
Pengguna mestilah memeriksa bekalan yang diterima untuk memastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang dibekalkan itu adalah
sama seperti yang dipesan serta memastikan keasliannya. Jika ada sebarang keraguan
mengenai kualiiti Barangan atau jika didapati kerosakan/kekurangan/tidak menepati
penentuan di Jadual A dan Jadual B, Jabatan Pengguna hendaklah
meminta Kontraktor menggantikan jumlah yang rosak/kurang/tidak menepati penentuan itu
dengan yang baru tanpa apa-apa kos tambahan.
8.2.
Jabatan
Pengguna hendaklah memberitahu Kontraktor penolakan secara bertulis dengan salinan kepada
Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Kontraktor mestilah menggantikan Barangan berkenaan
(yang rosak/kurang/tidak menepati penentuan) dengan yang baru dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan tanpa sebarang tambahan kos.
9. TEMPOH AKHIR
PENGADUAN
9.1. Jabatan Pengguna hendaklah mengemukakan
aduan mengenai pembekalan yang tidak menepati penentuan dengan serta merta jika ada dan
hendaklah tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak. Perbendaharaan Malaysia Sabah tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berbangkit akibat daripada kegagalan
Jabatan mematuhi arahan ini.
9.2. Sekiranya aduan tidak dapat dikemukakan
dalam tempoh tersebut oleh sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, Jabatan
Pengguna hendaklah memaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah secara rasmi mengenai
kedudukan perkara tersebut serta jangkamasa yang
masih diperlukan untuk mengemukakan aduan berkenaan.
10. PEMBAYARAN BIL
10.1. Pembayaran bil bil yang dikemukakan
oleh kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Akauntan Negara
Malaysia melalui surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia No. 1/83 bertarikh 23 Mac 1983.
10.2. Bagi pesanan yang telah disempurnakan oleh
kontraktor dengan memuaskan, bil mengenainya hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh
(30) hari dari tarikh bil itu diterima.
10.3.
Walau
apapun peraturan penerimaan barang barang yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan,
pengesahan penerimaan barang barang mestilah dibuat dengan segera pada hari bekalan
disempurnakan untuk membolehkan kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa
segera. Jabatan tidak perlu menunggu laporan ujian Jabatan untuk membuat bayaran.
10.4.
Semua
ketua Jabatan diingatkan supaya membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh yang
ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian
mengakibatkan tindakan surcaj akan dikenakan ke atas ketua jabatan berkenaan. Arahan Perbendaharaan 103, Surat Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil 13 tahun 2000 ada kaitan.
11. PENGGUNAAN KONTRAK
11.1. Semua Jabatan,
dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah
menggunakan kontrak ini sepenuhnya dan tidak dibenarkan membeli dari punca lain tanpa
kebenaran Perbendaharaan Malaysia Sabah
mengikut mana yang berkenaan kecuali atas sebab sebab yang dinyatakan di perenggan
5.4 dan 11.2.
11.2. Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan
gunasama pelbagai Jabatan. Sekiranya penentuan itu tidak sesuai dengan keperluan Jabatan
Pengguna, sila kemukakan penentuan yang diperlukan dengan
menyatakan perbezaan itu perlu. Perbendaharaan
Malaysia Sabah seterusnya akan menimbangkan pengecualian daripada menggunakan Kontrak
Pusat dan perolehan melalui tatacara lain.
12. HAL HAL LAIN
12.1. Jika ada sebarang kemusykilan mengenai kontrak
ini, Jabatan Pengguna adalah dinasihatkan menghubungi Pegawai berikut :-
(i).
Encik Samsul
Bin Dollah
Tel : 088 232277 Sambungan 4047
(ii)
Encik
Mohd. Zaidon Bin Hj. Muhamad
Tel : 088 232277 Sambungan 4041
Sekian.
Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya
yang menurut perintah,
T.T
(
DATUK DR. ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai
Kewangan Persekutuan, Sabah.
s.k.
Setiausaha
Tetap
Kementerian
Kewangan Negeri Sabah
Bahagian
Stor & Kontrak
Wisma
Kewangan, Bangunan Sekretariat
88595
KOTA KINABALU.
Bendahari
Negeri Sabah
Wisma
Kewangan
Karung
Berkunci 2058
Bangunan
Urusetia
88592
KOTA KINABALU.
Pengarah
Cawangan
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia