Lampiran B

 

 

 

 

SYARAT-SYARAT KHAS

 

 

 

1.       Semua alat pendingin udara yang dibekalkan mestilah baru dan asli.

 

 

2.       Kontraktor yang berjaya hendaklah memasang dan menguji semua alat pendingin udara yang dibekalkan itu dan memastikannya alat tersebut berada dalam keadaan baik semasa diserahkan kepada jabatan .

 

 

3.       Kontraktor yang berjaya hendaklah melantik agen-agen atau wakil bagi kawasan di luar Kota Kinabalu.

 

 

4.       Kontraktor juga dikehendaki menunjuk ajar cara-cara penggunaan sesuatu alat pendingin udara yang dibekalkan kepada jabatan berkenaan.

 

 

5.       Harga yang ditawarkan hendaklah termasuk semua jenis cukai Kerajaan dan kos penghantaran.

 

 

6.       Semua alat pendingin udara yang dibekalkan mestilah mempunyai tempoh jaminan dan kad jaminan tersebut hendaklah diserahkan kepada jabatan.