Ruj. Kami      :         PMS/UKP(S)80/57 Jld.6(     )

Tarikh           :         1 Februari 2008

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Di Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan

 

Semua Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan

Di Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan

 

Y. Bhg Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

TAMBAHAN PERTAMA

SURAT PEKELILING KONTRAK

PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH

PMS/UKP/05/2006

 


PEMBEKALAN, PENGHANTARAN, PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ALAT PEMADAM API

KEPADA SEMUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN DI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2007 HINGGA 31 DISEMBER 2008

 


Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan kepada perkara di atas.

 

2.       Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa mulai 22 Januari 2008, syarikat Labuan Fire Engineering Sdn Bhd yang beralamat di Lusu Warehouse, Lot 20, PatauPatau, W. P. Labuan, tidak lagi menjadi pembekal bagi kontrak pusat di atas. Bagi perolehan yang telah dibuat daripada syarikat Labuan Fire Engineering Sdn Bhd dan belum lagi di buat pembayaran, pihak jabatan dan agensi adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan pengecualian ke Perbendaharaan Malaysia Sabah. Untuk sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan En Yahya bin Sulaiman (088 243253) atau En Abdul Moin bin Samah (088 243251).

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

               

Saya yang menurut perintah,

 

 

(MOHD RANI BIN SAUD)

Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah