LAMPIRAN
B
SYARAT-SYARAT KHAS /PENENTUAN
1. Semua perabot Pra Sekolah, Sekolah Rendah
dan Sekolah Menengah yang ditawarkan mestilah yang baru dan menepati
spesifikasi yang telah ditentukan.
2. Spesifikasi
perabot yang dinyatakan boleh berubah mengikut keperluan sekolah/jabatan
pengguna.
3. Kontraktor
hendaklah memastikan perabot Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
yang dibekalkan itu mestilah berkeadaan baik semasa diserahkan kepada Sekolah/Jabatan
pengguna.
4. Semua perabot
yang dibekalkan hendaklah diberi jaminan dari segala kecacatan
pembuatan/perkilangan bagi tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh bekalan
diterima.
5. Spesifikasi
/lukisan yang disertakan adalah sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.
6.. Kemasiapan
perabot:
6.1
Hendaklah
dicat dengan non-toxic spray paint.
6.2
Warna hendaklah seragam mengikut
kategori perabot.
6.3
Warna hendaklah menimbulkan suasana
ceria yang dapat memberansangkan suasana pembelajaran di bilik darjah dan nilai
estitika.
7. Perbendaharaan
berhak menetapkan warna yang bersesuaian untuk digunakan dalam kontrak ini.