1. Semua
mesin-mesin yang dibekalkan mestilah yang baru.
2.
Petender yang berjaya hendaklah memasang dan
menguji semua mesin-mesin yang dibekalkan itu dan mempastikan ianya berkeadaan
baik semasa diserahkan kepada Jabatan.
3. Petender yang berjaya hendaklah melantik agen-agen atau wakil
bagi kawasan di luar Kota Kinabalu.
4. Petender juga dikehendaki menunjukajar cara-cara penggunaan
sesuatu mesin yang dibekalkan kepada Jabatan berkaitan.
5. Semua harga
yang ditawarkan hendaklah termasuk semua jenis cukai kerajaan dan kos
penyerahan/pengangkutan.
6. Semua bekalan hendaklah dari buatan tempatan sahaja melainkan
bagi barang-barang yang tidak boleh diperolehi dari sumber-sumber tempatan.
7. Pesanan adalah secara runcit (retail purchase) dan kontraktor
hendaklah bersedia membekal kepada Jabatan yang memesan mengikut tempoh
penyerahan yang ditetapkan.
KONTRAKPUSATSYARAT/disktpr-yus