Lampiran  B

 

 

 

PENENTUAN/SYARAT-SYARAT KHAS

PEMBEKALAN SAMPUL SURAT

 

 

 

1.       Spesifikasi sampul surat ialah seperti berikut:-

 

(i)                Sampul surat ukuran 114mm x 162mm warna putih dengan sisip gam tropika, bertingkap dan tanpa tingkap serta bercetak hitam “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA” di muka depan.  500 keping dipek (pack) di dalam kotak dan diikat 25 keping tiap-tiap satu paket. ( Berat kertas antara 70gm-80gm).

 

(ii)              Sampul surat ukuran 110mm x 220mm warna putih dengan sisip gam tropika, bertingkap dan tanpa tingkap serta bercetak hitam “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA” di muka depan.  500 keping dipek (pack) di dalam kotak dan diikat 50 keping tiap-tiap satu paket. ( Berat kertas antara 70gm-80gm).

 

 

(iii)            Sampul surat ukuran 162mm x 229mm warna putih dengan sisip gam tropika, bertingkap dan tanpa tingkap serta bercetak hitam “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA” di muka depan.  500 keping dipek (pack) di dalam kotak dan diikat 25 keping tiap-tiap satu paket. ( Berat kertas antara 80gm-100gm).

 

(iv)            Sampul surat ukuran  229mm x 324mm warna putih dengan sisip gam tropika serta bercetak hitam “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA” di muka depan.  500 keping dipek (pack) di dalam kotak dan diikat 25 keping tiap-tiap satu paket. ( Berat kertas antara 80gm-100gm).

 

 

(v)              Sampul surat ukuran  279mm x 406mm warna putih dengan sisip gam tropika serta bercetak hitam “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA” di muka depan.  500 keping dipek (pack) di dalam kotak dan diikat 25 keping tiap-tiap satu paket. ( Berat kertas antara 100gm-125gm).

 

 

 

 

2.       Pastikan perkataan “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA” yang dicetak di bahagian atas muka hadapan bagi setiap saiz sampul surat mesti mempunyai ruang kelegaan 40mm x 74mm dari sebelah kanan sampul surat berkenaan seperti contoh di Lampiran B1.

 

3.       Tiap-tiap saiz sampul surat hendaklah dicetak dengan perkataan Jika tidak sampai sila kembalikan kepada: di sebelah kiri bahagian bawah muka belakang sampul surat seperti contoh di Lampiran B2.

 

4.       Tingkap dan sampul surat hendaklah berbentuk empat segi bujur (“rectangular”) dan berukuran 40mm x 110mm.

 

5.       Semua harga yang ditawarkan adalah termasuk semua jenis cukai kerajaan dan kos penyerahan/pengangkutan.

 

6.       Semua bekalan hendaklah dari buatan tempatan sahaja melainkan bagi barang-barang yang tidak boleh diperolehi dari sumber-sumber tempatan.

 

7.       Pesanan adalah secara runcit (retail purchase) dan kontraktor hendaklah bersedia membekal kepada jabatan yang memesan mengikut tempoh penyerahan yang ditetapkan.