Lampiran B

 

 

SYARAT-SYARAT KHAS

 

 

1.                  Pesanan untuk perkhidmatan akan dibuat secara runcit oleh jabatan.

 

2.                  Harga pesanan adalah termasuk harga kain dan harga upah jahitan ataupun harga upah sahaja mengikut mana yang berkaitan.

 

3.                  Paten-paten dan jenis kain untuk pakaian seragam akan ditentukan sendiri oleh Jabatan.

 

4.                  Harga bekalan dan upah adalah termasuk kos pengangkutan dan kos-kos kerana mengambil pesanan dan penghantaran.

 

5.                  Jabatan boleh mengembalikan semua pesanan-pesanan yang dibuat jika hasil buatan tidak bersesuaian dengan apa yang diminta oleh jabatan.

 

6.                  Syarikat boleh membuka cawangan atau melantik agen/wakil bagi kawasan-kawasan diluar daerah Kota Kinabalu tetapi mestilah mendapatkan kebenaran Perbendaharaan Malaysia Sabah terlebih dahulu.