1. Semua
Perabot yang ditawarkan mestilah yang baru dan menepati penentuan (Spesifikasi
Perabot) seperti yang telah ditentukan.
2. Perabot yang dibekalkan tidak akan
menimbulkan masalah apabila digunakan.
3. Perabot
yang dibekalkan mestilah sesuai
digunakan mengikut keperluan.
4. Kontraktor hendaklah mematuhi prosedur
pembungkusan menggunakan plastik yang tidak menjejaskan kualiti perabot.
5. Semua harga yang ditawarkan adalah
termasuk semua jenis Cukai Kerajaan dan kos penyerahan.
6. Pesanan adalah secara runcit (retail
purchase) dan kontraktor hendaklah bersedia membekal kepada Jabatan yang
memesan mengikut tempoh penyerahan yang ditetapkan.
7. Semua
bekalan hendaklah dari buatan tempatan sahaja melainkan bagi bekalan-bekalan
yang tidak boleh diperolehi dari sumber-sumber tempatan.
8. Kontraktor
dibenarkan melantik agen/wakil syarikat di lain-lain Daerah tetapi mestilah
mendapatkan kelulusan Pejabat ini terlebih dahulu.
9. Spesifikasi/Lukisan yang disertakan
adalah sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.