Ruj. Kami : PMS/UKP/(S)80/57
JLD.6( 10 )
Tarikh : 6 Disember 2006
Semua
Ketua Jabatan Persekutuan, Sabah
Dan Wilayah Persekutuan
Semua
Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan,
Dan Wilayah Persekutuan
Y. Bhg. Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING KONTRAK
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
PMS/UKP/ 05/2006
PEMBEKALAN, PENGHANTARAN, PEMASANGAN
DAN PENYELENGGARAAN ALAT PEMADAM
KEPADA SEMUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN DI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
BAGI TEMPOH 1
JANUARI 2007 HINGGA 31 DISEMBER 2008
1.
PERIHAL
1.1. Adalah dimaklumkan bahawa Perbendaharaan
Malaysia Sabah telah mengadakan
satu kontrak bagi Pembekalan, Penghantaran, Pemasangan dan Penyelenggaraan Alat Pemadam Api
Kepada Semua Jabatan dan Badan
Berkanun Persekutuan di Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan mulai 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008.
2.
BUTIR – BUTIR
KONTRAK
2.1. No. Kontrak : PMS/UKP/05(a)2006
Nama
Pembekal : Kinabalu
Engineering
No.
54,
SEDCO
Likas Industrial Estate
Kolombong,
88450 Kota Kinabalu
Nombor Telefon/ :
Nombor Faksimili :
Nama dan : Standard Chartered Bank
Alamat Bank : 20, Jln. Hj. Saman
88000 Kota Kinabalu
Nombor Akaun :
Nama dan : Maybank
Alamat Bank : Bangunan Maybank
No. 1, Lorong Kemajuan,
88829 Kota Kinabalu
Nombor Akaun : 510107424169
Nama dan : Alliance Bank
Alamat Bank : Wisma Tun Fuad Stephens
Tower A, Karamunsing, Jln. Tuaran
88990 Kota Kinabalu
Nombor Akaun : 101960010049748
2.2. No. Kontrak : PMS/UKP/05(b)2006
Nama
Pembekal :
Lusu
Warehouse
87008 W.P. Labuan
Nombor Telefon/ :
Nombor Faksimili :
Nama dan :
Off Jalan
Tun Mustapha
87007 W.P. Labuan
Nombor Akaun :
2-1504-50002300
Nama
dan : Public Bank Berhad
5
Jalan Merdeka
87007 W.P.
Labuan
Nombor Akaun : 3065882017
3.
TEMPOH KONTRAK
3.1.
Tempoh
kontrak ialah selama dua puluh empat (24) bulan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008.
4. HARGA, PENENTUAN,
GERENTI DAN LAIN-LAIN KETERANGAN
4.1
Harga bagi kontrak ini adalah harga bersih termasuk semua jenis cukai serta
kos pembungkusan dan pengiriman/penghantaran
seperti di Lampiran A hingga A3.
4.2
Lain-lain penentuan dan syarat dibawah kontrak ini adalah seperti di Lampiran
B.
5. TEMPOH PENYERAHAN
5.1. Tempoh
penyerahan ialah 1-14 hari dari tarikh Pesanan Rasmi dikeluarkan.
5.2. Jabatan
Pengguna adalah dibenarkan untuk membuat perubahan tempoh penyerahan kepada suatu tempoh yang lain
tertakluk kepada syarat – syarat berikut:-
5.2.1 Perubahan dibuat dengan persetujuan secara
bertulis oleh Pegawai Pengawal atau
wakilnya dengan Kontraktor. Salinan persetujuan tersebut hendaklah dikemukakan
kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
5.2.2. Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap perubahan yang dipersetujui.
5.3. Barang – barang yang diserahkan oleh
Kontraktor pada masa dan tarikh yang ditetapkan di dalam borang pesanan tidak
boleh ditolak tanpa arahan secara bertulis daripada pegawai – pegawai yang
membuat pesanan. Jika penolakan dibuat secara
adhoc
tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada kontraktor, tindakan boleh diambil
terhadap pegawai yang berkenaan seperti menanggung tuntutan gantirugi oleh
kontraktor berkenaan jika ada.
5.4. Sekiranya
Jabatan Pengguna telah mematuhi perenggan 6.1, 6.2 dan 7.3 akan tetapi
kontraktor gagal membuat bekalan dalam tempoh penyerahan yang ditetapkan,
Jabatan Pengguna dibenarkan membeli dari punca lain bagi keperluan segera
sahaja. Pembelian bagi keperluan segera
ini hendaklah dilaporkan dengan serta merta kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan
menyertakan salinan – salinan Pesanan Tempatan dan invois/bil yang terlibat.
5.5. Sebarang
pesanan yang tidak dapat dibekalkan oleh kontraktor mengikut tempoh penyerahan yang ditetapkan,
Jabatan Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan
menyatakan bilangan kontrak, nama barang, nombor dan tarikh pesanan tempatan,
kuantiti dan nilai pesanan berkenaan. Satu salinan pesanan tempatan berkenaan
hendaklah disertakan juga.
6. ANGGARAN KEPERLUAN
6.1. Setelah
menerima Pekeliling ini, semua Jabatan Pengguna dikehendaki menghantar jadual
anggaran dan jangkamasa keperluan bagi tahun – tahun berkenaan kepada
kontraktor dalam tempoh dua (2) minggu untuk membolehkan
kontraktor membuat perancangan pembekalan. Satu salinan jadual berkenaan
hendaklah dikemukakan kepada
Perbendaharaan Malaysia Sabah.
6.2.
Sekiranya Jabatan pengguna tidak mematuhi arahan pada perenggan 7.1. 7.2 dan 7.3, kontraktor
berkenaan tidaklah boleh dipersalahkan
jika kelewatan bekalan berlaku kelak.
7. PESANAN
7.1. Semua
pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor dengan mencatatkan nombor
kontrak, jenis barang dan kuantiti keperluan.
7.2. Kuantiti
pesanan mestilah mengikut perenggan 112 Tatacara Pengurusan Stor – Panduan Perbendaharaan.
Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta melalui satu pesanan sahaja
tetapi hendaklah dipecah – pecahkan kepada beberapa pesanan. Pesanan – pesanan itu pula hendaklah
dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa yang munasabah untuk memudahkan
kontraktor menguruskan bekalan mengikut pesanan – pesanan berkenaan.
7.3. Apabila
membuat pesanan, Jabatan Pengguna dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta
nama pegawai dan nombor telefon masing – masing supaya pembekalan dapat
dijalankan dengan licin dan tepat pada tempat yang dikehendaki.
8. PEMERIKSAAN
SEMASA MENERIMA BEKALAN
8.1.
Jabatan Pengguna mestilah memeriksa bekalan yang diterima untuk memastikan
bahawa jenis dan jumlah barang yang
dibekalkan itu adalah sama seperti yang dipesan, memastikan keasliannya dengan
mendapatkan kad jaminan. Jika ada sebarang keraguan mengenai kualiti Barangan
atau jika didapati kerosakan/kekurangan/tidak menepati penentuan di Lampiran ’A’ dan
Lampiran ’B’, Jabatan Pengguna
hendaklah meminta Kontraktor menggantikan jumlah yang rosak/kurang/tidak
menepati penentuan itu dengan yang baru tanpa apa-apa kos tambahan.
8.2.
Jabatan Pengguna hendaklah memberitahu Kontraktor secara bertulis sebarang
penolakan penerimaan bekalan dengan salinan kepada Perbendaharaan Malaysia
Sabah. Kontraktor mestilah menggantikan Barangan berkenaan (yang
rosak/kurang/tidak menepati penentuan) dengan yang baru dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemberitahuan dikeluarkan tanpa sebarang
tambahan kos.
9. TEMPOH AKHIR
PENGADUAN
9.1. Jabatan Pengguna hendaklah mengemukakan
aduan mengenai pembekalan yang tidak menepati penentuan dengan serta merta jika
ada dan hendaklah tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak. Perbendaharaan Malaysia Sabah tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berbangkit akibat daripada
kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
9.2. Sekiranya
aduan tidak dapat dikemukakan dalam tempoh tersebut oleh sebab – sebab tertentu
yang tidak dapat dielakkan, Jabatan Pengguna hendaklah memaklumkan kepada
Perbendaharaan Malaysia Sabah secara rasmi mengenai kedudukan perkara tersebut
serta jangkamasa yang masih diperlukan
untuk mengemukakan aduan berkenaan.
10. PEMBAYARAN BIL
10.1. Pembayaran bil – bil yang
dikemukakan oleh kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan
oleh Akauntan Negara Malaysia melalui surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
No. 1/83 bertarikh 23 Mac 1983.
10.2.
Bagi pesanan yang telah disempurnakan
oleh kontraktor dengan memuaskan, bil mengenainya hendaklah dijelaskan dalam
tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh bil itu diterima.
10.3.
Walau apapun peraturan penerimaan
barang – barang yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan penerimaan
barang – barang mestilah dibuat dengan segera pada hari bekalan disempurnakan
untuk membolehkan kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa
segera. Jabatan tidak perlu menunggu laporan ujian Jabatan untuk membuat bayaran.
10.4.
Semua ketua Jabatan diingatkan supaya
membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan
tindakan surcaj akan dikenakan ke atas ketua jabatan berkenaan. Arahan Perbendaharaan 103, dan Surat Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil 13 Tahun 2000 ada kaitan.
11. PENGGUNAAN KONTRAK
11.1.
Semua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan di Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah menggunakan kontrak ini sepenuhnya dan tidak
dibenarkan membeli dari punca lain tanpa kebenaran Perbendaharaan Malaysia Sabah mengikut mana
yang berkenaan kecuali atas sebab – sebab yang dinyatakan di perenggan 5.4 dan
11.2.
11.2. Penentuan dalam kontrak ini adalah penentuan
gunasama pelbagai Jabatan. Sekiranya penentuan itu tidak sesuai dengan
keperluan Jabatan Pengguna, sila kemukakan penentuan yang diperlukan dengan menyatakan perbezaan itu. Perbendaharaan Malaysia Sabah seterusnya akan
menimbangkan pengecualian daripada menggunakan Kontrak Pusat dan perolehan
melalui tatacara lain.
12.
12.1. Jika ada
sebarang kemusykilan mengenai kontrak ini, Jabatan Pengguna adalah dinasihatkan
menghubungi Pegawai berikut :-
(i) Encik Yahya bin Sulaiman
Tel : 088 –
243993 sambungan 4092
(ii)
Puan Maziah bt. Zainal
Tel : 088 – 243993 sambungan
4082
12.2.
Sila layari laman web kami di www.sabah.gov.my/pmsabah/ untuk keterangan lanjut.
Sekian. Terima
kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut
perintah,
T.T
( MOHD. RANI BIN SAUD )
Pegawai Kewangan
Persekutuan, Sabah.
s.k.
Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan
Negeri Sabah
Bahagian Stor &
Kontrak
Wisma Kewangan,
Bangunan Sekretariat
88595 KOTA KINABALU.
Bendahari Negeri
Sabah
Wisma Kewangan
Karung Berkunci 2058
Bangunan Urusetia
88592 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Audit Negara
Tingkat 6 & 7
Rumah Persekutuan
88518 KOTA KINABALU.
Pengarah Cawangan,.
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia Kota Kinabalu
Tingkat 6 & 7,
Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, Beg
Berkunci 2053,
Jabatan Akauntan
Negara Malaysia,
Cawangan Wilayah
Persekutuan Labuan,
Tingkat 5, Menara
Ujana Kewangan,
Peti Surat 80622,
Pengarah Cawangan,
Jabatan Akauntan
Negara
Tingkat 2, Rumah
Persekutuan,
Jalan Dunlop, Bandar
Sabindo,
Pengarah Cawangan,
Jabatan Akauntan
Negara,
Pejabat Kawasan
Sandakan,
Tingkat 2, Rumah
Persekutuan,
Jalan Labuk, Beg
Berkunci 41,
Pengarah Cawangan,
Jabatan Akauntan
Negara,
Pejabat Kawasan
Keningau,
Beg Berkunci No. 5,