Ruj. Kami : PMS/UKP(S)80/45 Jld.7( )
Tarikh : Januari
2008
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Di Sabah Dan Wilayah Persekutuan
Semua Ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan
Di Sabah Dan Wilayah Persekutuan
Y. Bhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING
KONTRAK
PERBENDAHARAAN
MALAYSIA SABAH
PMS/UKP/03/2007
![]()
PEMBEKALAN DAN
PENGHANTARAN TILAM, BANTAL & KUSYEN KEPADA SEMUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN
PERSEKUTUAN
DI
BAGI TEMPOH 01
JANUARI 2008 HINGGA 31 DISEMBER 2009
![]()
1.
PERIHAL
1.1.
Adalah dimaklumkan bahawa Perbendaharaan
Malaysia Sabah telah mengadakan satu kontrak bagi Pembekalan dan Penghantaran Tilam,
Bantal dan Kusyen kepada semua Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan di Sabah
dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh dua
puluh empat (24) bulan mulai 1
Januari 2008 hingga 31 Disember 2009.
2.
BUTIR
BUTIR KONTRAK
2.1. No Kontrak : PMS/UKP/03/2007
Nama Pembekal : Wan Trading & Construction
Lot 7, Tingkat Bawah & Satu
Blok
22, Kedai Pekan Koidupan
88757
Nombor Telefon : 088721519 / 088721591
/ 088 723 591
Nombor
Faksimili : 088721509
Nama & Alamat : Maybank
Bank Jalan Pantai,
Kota Kinabalu
Nombor
Akaun : 01001 3031404
3.
TEMPOH
KONTRAK
3.1.
Tempoh
kontrak ini adalah selama dua puluh empat (24) bulan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008
hingga 31 Disember 2009.
4.
HARGA,
PENENTUAN, GERENTI DAN LAIN LAIN KETERANGAN
4.1.
Harga
bagi kontrak ini adalah harga bersih termasuk semua jenis cukai serta kos
pembungkusan dan pengiriman / penghantaran seperti di Lampiran A.
4.2.
Lain
lain penentuan dan syarat dibawah kontrak ini adalah seperti di Lampiran B.
5.
TEMPOH
PENYERAHAN
5.1.
Tempoh
penyerahan adalah seperti di Lampiran A, berkuatkuasa dari tarikh Pesanan Rasmi
dikeluarkan.
5.2.
Jabatan
Pengguna adalah dibenarkan untuk membuat perubahan tempoh penyerahan kepada
suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat syarat berikut:-
a. Perubahan ini dibuat dengan persetujuan secara bertulis oleh Pegawai Pengawal atau wakilnya dengan kontraktor. Salinan persetujuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah; dan
b. Jabatan berkenaan bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap perubahan ini.
5.3.
Barang
barang yang diserahkan oleh kontraktor pada masa dan tarikh yang ditetapkan
di dalam borang pesanan tidak boleh ditolak tanpa arahan secara bertulis
daripada pegawai pegawai yang membuat pesanan. Jika penolakan dibuat secara adhoc
tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada kontraktor, tindakan boleh diambil
terhadap pegawai berkenaan seperti menanggung ganti rugi kontraktor berkenaan,
jika ada.
5.4.
Sekiranya
Jabatan pengguna telah mematuhi perenggan 6.1, 6.2 dan 7.3 akan tetapi
kontraktor gagal membuat bekalan dalam tempoh penyerahan yang ditetapkan,
Jabatan pengguna dibenarkan membeli dari punca lain bagi keperluan segera
sahaja. Pembelian bagi keperluan segera ini hendaklah dilaporkan dengan serta
merta kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan menyertakan salinan salinan
Pesanan Tempatan dan invois / bil yang terlibat.
5.5. Sebarang pesanan yang tidak dapat dibekalkan oleh kontraktor mengikut tempoh penyerahan yang ditetapkan, Jabatan pengguna hendaklah melaporkan dengan segera kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan menyatakan bilangan kontrak, nama barang, nombor akaun dan tarikh pesanan tempatan, kuantiti dan nilai pesanan berkenaan. Satu salinan pesanan tempatan berkenaan hendaklah disertakan juga.
6.
ANGGARAN
KEPERLUAN
6.1.
Setelah menerima Pekeliling ini, semua Jabatan
Pengguna dikehendaki menghantar jadual anggaran dan jangkamasa keperluan bagi
tahun tahun berkenaan kepada kontraktor dalam tempoh dua (2) minggu untuk membolehkan kontraktor
membuat perancangan pembekalan. Satu
salinan jadual berkenaan hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
6.2.
Sekiranya
Jabatan pengguna tidak mematuhi arahan pada perenggan 6.1., 7.2 dan 7.3 kontraktor berkenaan
tidaklah boleh dipersalahkan jika
kelewatan bekalan berlaku kelak.
7.
PESANAN
7.1.
Semua
pesanan hendaklah dibuat terus kepada kontraktor dengan mencatatkan nombor
kontrak, jenis barang dan kuantiti keperluan.
7.2.
Kuantiti
pesanan mestilah mengikut perenggan 112
Tatacara Pengurusan Stor Panduan Perbendaharaan. Keperluan yang terlalu banyak janganlah diminta
melalui satu pesanan sahaja tetapi hendaklah dipecah pecahkan kepada beberapa
pesanan. Pesanan pesanan itu pula
hendaklah dijarakkan tempohnya mengikut jangkamasa yang munasabah untuk
memudahkan kontraktor menguruskan bekalan mengikut pesanan pesanan berkenaan.
7.3.
Apabila
membuat pesanan Jabatan pengguna dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta
nama pegawai dan nombor telefon masing masing supaya pembekalan dapat
dijalankan dengan licin dan tepat pada tempat yang dikehendaki.
8.
PEMERIKSAAN
SEMASA MENERIMA BEKALAN
8.1.
Jabatan
pengguna mestilah memeriksa bekalan yang diterima untuk memastikan bahawa jenis
dan jumlah barang yang dibekalkan itu adalah sama seperti yang dipesan dan
memastikan keasliannya dengan mendapatkan kad jaminan. Jika ada sebarang
keraguan mengenai kualiti Barangan atau jika didapati
kerosakan/kekurangan/tidak menepati penentuan di Lampiran A dan Lampiran B, Jabatan pengguna hendaklah meminta Kontraktor
menggantikan jumlah yang rosak/kurang/tidak menepati penentuan itu dengan yang
baru tanpa apa-apa kos tambahan.
8.2.
Jabatan
pengguna hendaklah memberitahu Kontraktor secara bertulis sebarang penolakan
penerimaan bekalan dengan salinan kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Kontraktor mestilah menggantikan Barangan berkenaan (yang rosak/kurang/tidak
menepati penentuan) dengan yang baru dalam tempoh empat belas (14)
hari dari tarikh
pemberitahuan dikeluarkan tanpa sebarang tambahan kos.
9.
TEMPOH
AKHIR PENGADUAN
9.1.
Jabatan
pengguna hendaklah mengemukakan aduan mengenai pembekalan yang tidak menepati
penentuan dengan serta merta jika ada dan hendaklah tidak lewat daripada tiga (3) bulan selepas tarikh tamat kontrak. Perbendaharaan Malaysia Sabah tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berbangkit akibat daripada
kegagalan Jabatan mematuhi arahan ini.
9.2.
Sekiranya
aduan tidak dapat dikemukakan dalam tempoh tersebut oleh sebab sebab tertentu
yang tidak dapat dielakkan, Jabatan pengguna hendaklah memaklumkan kepada
Perbendaharaan Malaysia Sabah secara rasmi mengenai kedudukan perkara tersebut
serta jangkamasa yang masih diperlukan
untuk mengemukakan aduan berkenaan.
10.
PEMBAYARAN
BIL
10.1.
Pembayaran bil bil yang dikemukakan oleh
kontraktor hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Akauntan
Negara
10.2. Bagi pesanan yang telah disempurnakan oleh
kontraktor dengan memuaskan, bil mengenainya hendaklah dijelaskan dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh bil itu diterima.
10.3. Walau apapun peraturan penerimaan barang
barang yang diamalkan oleh sesuatu Jabatan, pengesahan penerimaan barang
barang mestilah dibuat dengan segera pada hari bekalan disempurnakan untuk
membolehkan kontraktor mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa segera.
Jabatan tidak perlu menunggu laporan ujian Jabatan untuk membuat bayaran.
10.4. Semua ketua Jabatan diingatkan supaya
membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan
tindakan surcaj akan dikenakan ke atas ketua jabatan berkenaan. Arahan Perbendaharaan 103 dan Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil 7 Tahun 2006 adalah berkaitan.
11.
PENGGUNAAN
KONTRAK
11.1. Semua Jabatan, dan Badan Berkanun Persekutuan Di Sabah Dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah menggunakan kontrak ini sepenuhnya dan tidak dibenarkan membeli dari punca lain tanpa kebenaran Perbendaharaan Malaysia Sabah mengikut mana yang berkenaan kecuali atas sebab sebab yang dinyatakan di perenggan 5.4 dan 11.2.
11.2. Penentuan dalam kontrak ini adalah
penentuan gunasama pelbagai Jabatan. Sekiranya penentuan itu tidak sesuai
dengan keperluan Jabatan Pengguna, sila kemukakan penentuan yang
diperlukan dengan menyatakan perbezaan
itu. Perbendaharaan Malaysia Sabah
seterusnya akan menimbangkan pengecualian daripada menggunakan Kontrak Pusat
dan perolehan melalui tatacara lain.
12.
HAL
HAL LAIN
12.1. Jika ada sebarang kemusykilan mengenai
kontrak ini, Jabatan pengguna adalah dinasihatkan menghubungi Pegawai berikut :-
a.
Encik Yahya bin Hj Sulaiman
Tel : 088 243993 sambungan 4041
b. Encik
Abdul Moin bin Samah
Tel : 088 243993 sambungan 4082
12.2. Sila layari laman web kami di www.sabah.gov.my/pmsabah/ untuk keterangan lanjut.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(MOHD
RANI BIN SAUD)
Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.
s.k.
Setiausaha Tetap
Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Bahagian Stor & Kontrak
Wisma Kewangan, Bangunan Sekretariat
88595 KOTA KINABALU.
Bendahari Negeri Sabah
Wisma Kewangan
Karung Berkunci 2058
Bangunan Urusetia
88592 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri Sabah
Aras 4, Blok A
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UMS
88400 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Kota Kinabalu
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian
Jalan Istiadat
Beg Berkunci 2053
88594 KOTA KINABALU.
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, W. P. Labuan
Tingkat 5, Menara Ujana Kewangan
Peti Surat 80622
87016 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Tawau
Tingkat 2, Rumah Persekutuan
Jalan Dunlop, Bandar Sabindo
91009 TAWAU.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Sandakan
Tingkat 2, Rumah Persekutuan
Jalan Labuk
Beg Berkunci No. 41
90009 SANDAKAN.
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Keningau
Beg Berkunci No. 5
89009 KENINGAU.