 | Semua pelawaan tender
hendaklah diberi publisiti yang seluas-luasnya bagi membolehkan pembekal
menyertainya.
|
 | Semua pelawaan tender
hendaklah diiklankan di dalam sekurang-kurangnya satu ( 1 ) akhbar tempatan berbahasa
Melayu.
|
 | Bagi tender tempatan
tempoh pelawaan tender hendaklah tidak kurang daripada 21 hari iaitu daripada tarikh iklan
mula dikeluarkan sehingga tarikh tutup tender.
|
 | Bagi tender antarabangsa tempoh pelawaan
tender hendaklah tidak kurang daripada 56 hari iaitu daripada tarikh iklan mula
dikeluarkan sehingga tarikh tutup tender. |
 | Waktu tender ditutup hendaklah ditetapkan
pada Jam 12.00 tengahari setiap Hari Isnin pada tarikh yang telah ditetapkan. |
|

PENYERTAAN DALAM
TAWARAN TENDER KERAJAAN

- Bagi tawaran tender kerja : Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor ( PKK
) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB ) dalam kelas berkaitan dan
masih di benarkan membuat tawaran.
-
CONTOH IKLAN BAGI TENDER KERJA
-
|

Bagi Tawaran Tender Berkala Dan
Perkhidmatan : Berdaftar dengan
kementerian Kewangan ( Perbendaharaan Malaysia, Kuala Lumpur, Perbendaharaan Malaysia
Sabah, Perbendaharaan Malaysia Sarawak ) dalam bidang yang berkaitan dan masih dibenarkan
membuat tawaran.
CONTOH
IKLAN BAGI TENDER BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
|
|
Semua tawaran hendaklah
dimasukkan dalam peti tawaran dan dialamatkan kepada :
- Setiausaha,
- Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah
- Perbendaharaan Malaysia
- Tingkat 2, Rumah Persekutuan
- Jalan Mat Salleh
- 88592 KOTA KINABALU
|
 | Mana-mana tawaran yang
dihantar selepas Jam 12.00 tengahari, tidak akan diterima.
|
 | Mana-mana Syarikat /
Kontraktor yang telah tamat pendaftarannya adalah tidak dibenarkan sama sekali menyertai
tender dan dilarang membeli dokumen tender
|
 | Semua Dokumen tawaran
hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang telah ditetapkan mengikut tarikh tutup
tawaran berkenaan. Mana-mana Tawaran yang tersalah masuk Peti Tawaran tidak akan
dipertimbangkan.
|
|