Ruj.Kami : PMS/UP/656-3/( 8 )
Tarikh : 2 Oktober 1997

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Sabah

Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan Sabah

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah.

Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sabah

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sabah

Pengarah Jabatan Pengairan ban Saliran Negeri Sabah

Pengarah Taman-Taman Sabah

Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar Sabah

Pegawai-Pegawai Daerah

Penolong Pegawai Daerah Kecil

Ketua Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH
BILANGAN 16/1997
________________________________________________________________________
FORMAT KERTAS TAKLIMAT TENDER UNTUK
PERTIMBANGAN LEMBAGA PEROLEHAN PERSEKUTUAN SABAH
________________________________________________________________________

Adalah saya dengan horrnatnya menarik perhatian Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

2. Berdasarkan kepada pemerhatian pejabat ini, adalah didapati ada diantara jabatan/agensi menghadapi masalah dalam menyediakan kertas taklimat tender yang lengkap untuk pembentangan di mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah. Sebagai salah satu usaha untuk menyeragamkan penyediaan kertas-kertas taklimat tender, sukacita pihak Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan diminta menyediakan kertas taklimat tender yang mempunyai maklumat-maklumat asas seperti format di Lampiran 'A'. Format ini boleh dijadikan panduan dan diikuti oleh Jabatan/Agensi Y.Bhg.Dato'/Datuk/Tuan/Puan. Walau bagaimanapun, format ini bolehlah ditambah dan diubahsuai mengikut kesesuaian sesuatu tawaran.

3. Pejabat ini berharap format ini dapat disediakan dengan selengkapnya dalam tujuh ( 7 ) salinan dan dikemukakan kepada Setiausaha Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah. Pihak urusetia hanya akan menerima kertas taklimat tender yang lengkap sahaja. Sekiranya pihak jabatan/agensi gagal mematuhi garis panduan ini, pihak urusetia akan mengembalikan kertas taklimat tender tersebut untuk disempurnakan selengkapnya.

4. Sokongan dan kerjasama Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,

                  T.T
( DATUK ABDUL AZIZ BIN MOHD. ALI )
Pegawai Kewangan Persekutuan,
Sabah.