AG00007_.gif (7458 bytes)

 

 

AG00010_.gif (6417 bytes)

        1. Apakah maklumat dan dokumen yang perlu disertakan apabila memohon kelulusan AP58(a)?
        2. Apakah sebab-sebab pembayaran di bawah AP58(a) tidak dapat diberi pertimbangan?
        3. Apakah maklumat dan dokumen yang perlu disertakan apabila memohon kelulusan Pendahuluan Diri?
        4. Apakah sebab-sebab permohonan Pendahuluan Diri tidak dapat diberi pertimbangan?
 

 

 


 
Soalan 1 :        Apakah maklumat dan dokumen yang perlu disertakan apabila memohon kelulusan AP58(a)?
                   
Jawapan:
 
Maklumat dan dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan AP58(a) ialah:
a. Perkara yang hendak dibuat pembayaran
b. Amaun yang terlibat.
c. Tahun yang terlibat dalam pembayaran.
d. Pihak yang patut menerima bayaran.
e. Baki peruntukan tahunan pembayaran bagi pecahan kepala berkenaan.
f. Baki peruntukan tahun semasa bagi pecahan kepala berkenaan.
g. Nombor bil, inbois atau lain-lain.
h. Tarikh sebenar bil, inbois dan lain-lain dokumen.
i. Sebab-sebab kelewatan mengemukakan dan membuat pembayaran.
j. Salinan bil, inbois atau lain-lain dokumen.
k. Salinan surat atau dokumen sebagai bukti.
l. Nama dan jawatan pegawai yang bertanggunjawab atas kelewatan bayaran.
m.Maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen lain yang difikirkan ada kaitan.
 
up

 

soalan 2 :       Apakah sebab-sebab pembayaran di bawah AP58(a) tidak dapat diberi pertimbangan?
                 
Jawapan :
a. Tiada peruntukan atau tidak cukup peruntukan.
b. Bil-bil dikemukakan lewat.
c. Penyata tuntutan diterima lewat.
d. Terlepas pandang.
e. Terlupa membuat tuntutan.
f. Tidak mengetahui pekeliling  dan surat pekeliling.
g. Tidak mengetahui peraturan dan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.
h. Lain-lain alasan yang difikirkan tidak munasabah.
 
  up
Soalan 3 :        Apakah maklumat dan dokumen yang perlu disertakan apabila memohon kelulusan Pendahuluan Diri?
                   
Jawapan:
 
Maklumat dan dokumen yang perlu disertakan semasa Memohon Pendahuluan Diri ialah:

1. Borang Kew.106 (Bahagian 1)

a. Nama Jabatan yang memohon pendahuluan
b. Rujukan Jabatan
c. No. Permohonan Jabatan
d. Nama Pegawai yang memohon pendahuluan
e. Kenyataan sama ada pendahuluan diri telah diluluskan/belum diluluskan sebelum ini
f. Sebab-sebab memohon pendahuluan diri
g. Jumlah potongan ansuran yang disyorkan oleh jabatan
h. Tempoh potongan ansuran yang disyorkan oleh jabatan
i. Tempoh pembayaran dibayar balik
j. Cara membayar balik
k. Tarikh Permohonan
l. Tandatangan Ketua Jabatan/Pegawai Kanan Jabatan Berkenaan
m.Lima salinan Borang Kew. 106

2. Salinan slip gaji pemohon

3. Jumlah perkiraan bayaran terlebih yang perlu dibayar

 
soalan 4 :       Apakah sebab-sebab permohonan pendahuluan diri tidak dapat diberi pertimbangan?
                 
Jawapan :
a. Permohonan tidak lengkap (Mengikut senarai semak)
b. Slip gaji yang terbaru tidak disertakan
c. Permohonan tidak disertakan dengan surat iringan jabatan

 


  1. Di mana dan bagaimana mendapatkan borang-borang permohonan Pendaftaran Kontraktor Bekalan dan Perkhidmatan dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah?
  2. Apakah syarat yang diperlukan untuk mendapatkan borang?
  3. Berapakah bayaran untuk mendapatkan borang permohonan?
  4. Apakah jenis borang permohonan yang perlu diisikan?
  5. Bagaimana hendak mengisikan borang permohonan?
  6. Bagaimana mengemukakan borang permohonan?
  7. Syarikat mana yang layak memohon?
  8. Berapakah had modal yang dibenarkan untuk memohon?
  9. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan ketika mengemukakan permohonan?
  10. Berapakah bayaran proses permohonan?
  11. Berapakah tempoh  diambil sebelum sesuatu permohonan diluluskan?
  12. Apakah sebab permohonan tidak diluluskan?
  13. Bolehkah pemohon yang permohonannya  ditolak membuat rayuan?
  14. Apabila permohonan diluluskan, berapakah yuran pendaftaran?
  15. Bilakah sijil akan dikeluarkan?

 


 
Soalan 1:          Di mana dan bagaimana mendapatkan borang-borang permohonan
                         Pendaftaran Kontraktor Bekalan dan Perkhidmatan dengan Perbendaharaan Malaysia  Sabah?
 
Jawapan: 

Borang boleh didapati  sama ada datang sendiri ke Perbendaharaan Malaysia Sabah di Tingkat 2, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88592 KOTA KINABALU atau dengan menulis surat kepada Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah di alamat seperti di atas dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

 

 up
 

 

Soalan 2:             Apakah syarat yang diperlukan untuk mendapatkan borang?

Jawapan :

Bagi pendaftaran baru atau pendaftaran semula, pemohon hendaklah menunjukkan Lesen Berniaga (yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan) atau salinan Lesen Berniaga yang disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Pesuruhjaya Sumpah/Majistret/setaraf. . Sekiranya memohon borang secara pos, pemohon hendaklah mengemukakan bersama salinan disahkan Lesen Berniaga yang berkenaan.

 up


 

Soalan 3:           Berapakah bayaran untuk mendapatkan borang permohonan?

 

Jawapan:

Semua jenis borang permohonan diberikan secara PERCUMA.

 

           
up
 

 

4.                       Apakah jenis borang permohonan yang perlu diisikan?

Jawapan :
 
Terdapat 5 jenis Borang Permohonan mengikut jenis permohonan seperti berikut:
         a.       BPP01 -        bagi Pendaftaran Baru;
         b.       BPP02 -        bagi Pembaharuan Pendaftaran;
         c.       BPP03 -        bagi Pendaftaran semula;
         d.       BPP04 -        bagi Tambah Bidang; dan
         e.       BPP05 -        bagi Taraf Bumiputera.
 

  up


 

Soalan 5:           Bagaimana hendak mengisikan borang permohonan?

Jawapan :

Borang permohonan hendaklah diisi dengan BERTAIP dengan menyatakan semua maklumat yang diperlukan secara tepat dan jelas. Panduan lengkap mengenai cara mengisikan borang permohonan ada dinyatakan di dalam BUKU PANDUAN. Buku Panduan Pendaftaran Kontraktor Bekalan dan Perkhidmatan ada dijual di Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan harga RM10.00 senaskhah. Semua pembayaran untuk membeli Buku Panduan berkenaan hendaklah dibuat melalui Wang Pos/Kiriman Wang/Deraf Bank atas nama Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

 

  up


 

Soalan 6:           Bagaimana mengemukakan borang permohonan?

 

Jawapan :

Borang permohonan boleh dikemukakan dengan menghantarnya sendiri ke Pejabat ini  atau melalui kiriman pos.

 

   
up

 

Soalan 7:           Syarikat mana yang layak memohon?

Jawapan :

Semua entity perniagaan,  koperasi atau pertubuhan yang sah disisi Undang-undang layak untuk memohon. Walau bagaimanapun Pejabat ini mengkelaskan jenis syarikat seperti berikut:
            a.              Perseorangan;
            b.              Perkongsian;
            c.              Sendirian Berhad; dan
            d.              Koperasi/Pertubuhan.
 

   up


 

Soalan 8:           Berapakah had modal yang dibenarkan untuk memohon?

Jawapan :

Had minimum jumlah modal yang dibenarkan adalah RM2,500 bagi Bidang Sekatan (syarikat yang beroperasi di rumah kediaman). Sila lihat Buku Panduan bagi bidang-bidang di bawah kategori Sekatan Bidang. Bagi bidang bekalan dan perkhidmatan yang lain, had jumlah modal minimum adalah RM10,000.00 kecuali bidang-bidang berikut:

 a.       Agen Pengembaraan              -RM100,000.00;
          Syarikat Insurans
          Broker Insurans
          Tuan Punya Kapal
 
b.       Broker Perkapalan                 -RM50,000.00
          Ajen Perkapalan
 
c.       Pengangkutan Lori                 -RM30,000.00
         Ajen Penghantaran
         Pembungkusan
         Stevedor
         Telly Clerk
         Penghantaran Dokumen 

 

 up

 


 
Soalan 9:          Apakah dokumen sokongan yang diperlukan ketika mengemukakan permohonan?

 

Jawapan:

Dokumen sokongan yang diperlukan ada dinyatakan dalam Senarai Semak yang diberikan percuma bersama-sama borang permohonan. Senarai semak adalah berdasarkan jenis-jenis perniagaan dan jenis permohonan

 

 up 

 


 

Soalan 10:         Berapakah bayaran proses permohonan?

Jawapan :

Bayaran proses dikenakan sebanyak RM50.00 bagi Permohonan Baru dan Pendaftaran Semula sahaja. Tiada bayaran proses dikenakan untuk permohonan Pemabaharuan, Tambah Bidang dan Taraf Bumiputera.

 

up

 


 

Soalan 11:         Berapakah tempoh  diambil sebelum sesuatu permohonan diluluskan?

 

Jawapan :

Kelulusan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak lebih daripada 30 hari daripada sesuatu permohonan yang lengkap  (maklumat tepat dan semua dokumen sokongan yang diperlukan disertakan) diterima.

 

 up


 

Soalan 12.        Apakah sebab permohonan tidak diluluskan?

Jawapan :

Sesuatu permohonan akan ditolak atau dikuiri jika:

  1. Borang tidak bertaip;
  2. Maklumat diperlukan tidak diisikan;
  3. Dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam Senarai Semak tidak dikemukakan;
  4. Salinan dokumen  sokongan tidak disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah/setaraf;
  5. Lampiran-lampiran yang diperlukan tidak diisikan;
  6. Sekiranya Pejabat ini mempunyai asas bahawa sesuatu maklumat yang diberikan disyaki palsu;
  7. Tidak memenuhi syarat 3 bulan dari tarikh kelulusan terakhir ketika mengemukakan permohonan Tambah Bidang; dan
  8. Pemilik atau Syarikat yang memohon telah disabitkan atas sesuatu kesalahan sivil atau jenayah oleh mana-mana mahkamah di Malaysia.

          
 up

 

Soalan 13:          Bolehkah pemohon yang permohonannya  ditolak membuat rayuan?

 

Jawapan :

Pemohon yang ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh tidak lebih dua (2) bulan dari tarikh surat penolakan dikeluarkan.  Rayuan  dikemukakan dengan memberikan penjelasan ke atas kuiri yang dikeluarkan dan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

 

 up

 


 

Soalan 14:         Apabila permohonan diluluskan, berapakah yuran pendaftaran?

Jawapan :
 
Yuran pendaftran bagi tempoh 2 tahun bagi permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:
         a.       Pendaftran Baru - RM500.00;
         b.       Pembaharuan    - RM250.00;
         c.       Pendaftaran Semula    - RM500.00;
         d.       Tambah Bidang - RM30.00 per satu sub-bidang; dan
         e.       Taraf Bumiputera - percuma
Nota:   Semua pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/ Deraf Bank atas nama Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

 up


 

Soalan 15:         Bilakah sijil akan dikeluarkan?

Jawapan:

Sijil akan dikeluarkan 7 hari selepas bayaran yuran pendaftaran diterima, kecuali sijil Taraf Bumiputera. Sijil taraf Bumiputera akan dikeluarkan 7 hari selepas tarikh Jawayankuasa Pendaftaran Kontraktor menimbangkan sesuatu permohonan Taraf Bumiputera tersebut.

 

up

 

 

 
        1. Apakah yang dimaksudkan Kontrak Pusat Perbendaharaan ?
            2. Apakah peripentingnya Kontrak Pusat ?

 

1.              Apakah yang dimaksudkan Kontrak Pusat Perbendaharaan ?

Jawapan :
 
Kontrak Pusat Perbendaharaan adalah suatu Kontrak yang diujudkan oleh Perbendaharaan bagi barangan gunasama dimana semua jabatan dan agensi Kerajaan dikehendaki melaksanakan perolehan barangan tersebut hanya dari Pembekal yang telah dilantik sahaja. Untuk itu, Perbendaharaan dari masa ke semasa akan mengeluarkan arahan melalui Pekeliling Kontrak Perbendaharaan kepada semua jabatan dan agensi Kerajaan bagi memaklumkan pengujudan sesuatu Kontrak Pusat.

  up

 


 

2.             Apakah peripentingnya Kontrak Pusat ?

Jawapan:
 
  • Memudahkan Jabatan Pengguna untuk melaksanakan perolehan dimana pembelian terus boleh dibuat daripada pembekal Kontrak Pusat yang telah dilantik tanpa perlu memanggil sebutharga/tender terlebih dahulu.
  • Harga barangan yang kompetatif telah diperolehi.
  • Dapat mengujudkan standard penggunaan barangan yang sama bagi semua jabatan dan agensi kerajaan.
  • Memenuhi hasrat Kerajaan untuk melahirkan Usahawan-usahawan bumiputera yang berdaya maju.

up