|
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia ditubuhkan pada
tahun 1957 dengan perlantikan seorang Pegawai Keselamatan Kerajaan
yang ditempatkan di bawah Setiausaha Pertahanan. Peranan utama
Pegawai Keselamatan pada masa itu merupakan perlaksanaan tugas-tugas
keselamatan dan perlindungan di seluruh Kementerian dan Jabatan. Sejak
penubuhannya hingga tahun 1960, pejabat ini ditempatkan di bawah
Jabatan Perdana Menteri sebelum dipindahkan di bawah Kementerian Dalam
Negeri. Pada tahun 1977 pejabat ini ditempatkan semula di bawah
tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri sehingga ke hari ini.
Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sabah mula beroperasi
pada tahun 1994 dan dikenali sebagai Pejabat Keselamatan Kerajaan
Malaysia Negeri Sabah. Pada mulanya pejabat ini telah ditempatkan di
Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri.
Memandangkan kekurangan ruang pejabat di Bahagian Hal Ehwal Dalam
Negeri disebabkan oleh pertambahan Pegawai Keselamatan, maka Kerajaan
Negeri dengan murah hatinya menempatkan Pejabat Keselamatan di Wisma
MUIS.
|