Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Pitas.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih kerana melayari laman web ini. Saya mengalu-alukan semua pelanggan dan berharap agar anda mendapat banyak informasi mengenai Daerah Pitas. 

Jabatan ini komited dan akan terus berusaha dengan gigih dan pro-aktif terhadap peningkatan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan ke arah budaya kerja yang lebih cemerlang demi  memenuhi keperluan serta menjamin kepuasan hati setiap pelanggan. Sebagai daerah yang sedang membangun, Daerah Pitas "bumi bertuah di dataran dan di lautan" mempunyai banyak potensi samada dalam aspek pertanian, akuakultur, industri dan juga pelancongan.

Kejayaan membangunkan laman web ini merupakan satu lagi peningkatan dalam usaha menyebarluaskan visi, misi dan objektif pejabat ini kepada pelanggan melalui perkhidmatan IT. 

Adalah menjadi hasrat Pejabat Daerah Pitas agar laman web ini dapat memainkan peranan sebagai perantara dan penghubung yang berkesan sesuai dengan fungsinya untuk menyediakan maklumat yang bermanfaat kepada pelanggan. Pejabat ini juga cuba untuk memperkenalkan Daerah Pitas melalui aktiviti pelancongan, tempat - tempat menarik dan banyak lagi yang akan diperkenalkan kepada masyarakat luar. Melalui laman web ini juga, jabatan ini akan berusaha memastikan perkhidmatan IT yang diberikan akan mengandungi maklumat yang tepat dan kemaskini kepada pelanggan dari masa ke semasa. 
Akhir kata, terima kasih kerana melayari laman web rasmi ini.

Sekian dan terima kasih.

 


Haji Bakri Haji Nanun
Pegawai Daerah Pitas